Seperti pelajaran sebelum
ini, simple moving averages (SMA) boleh terganggu oleh “spike”. Mari kita lihat
contoh.
Katakan kita plot SMA
5-tempoh pada carta EUR/USD 1-hari.
Harga penutup bagi lima
hari terakhir ialah:
Hari 1: 1.3172
Hari 2: 1.3231
Hari 3: 1.3164
Hari 4: 1.3186
Hari 5: 1.3293
SMA akan mengira seperti
berikut:
(1.3172 + 1.3231 + 1.3164
+ 1.3186 + 1.3293) / 5 = 1.3209
Mudah kan?
Tetapi bagaimana jika
terdapat berita atau laporan ekonomi pada hari 2 yang menyebabkan euro untuk
jatuh mendadak (spike) dan seterusnya menyebabkan EUR/USD jatuh ke harga
1.3000. Mari kita lihat kesannya pada SMA 5-tempoh.
Hari 1: 1.3172
Hari 2: 1.3000
Hari 3: 1.3164
Hari 4: 1.3186
Hari 5: 1.3293
SMA kemudiannya akan
mengira seperti berikut
(1.3172 + 1.3000 + 1.3164 + 1.3186 + 1.3293) / 5
= 1.3163
Hasil pengiraan jauh lebih
rendah berbanding dengan SMA yang tanpa “spike” dan menyebabkan SMA seperti
menunjukkan harga pasaran sedang menurun, walhal hakikatnya “spike” hanya
berlaku pada satu hari (Dari 2) yang disebabkan oleh kesan terhadap laporan
ekonomi.
Apa yang cuba disampaikan
ialah kadang-kadang SMA menjadi terlalu mudah dan tidak boleh menapis
kesan-kesan “spike”.
Bagi mengatasi masalah
ini, wujudlah Exponential Moving Average (EMA) yang mana ia lebih menitik
beratkan harga yang terkini berbanding harga sebelumnya. Jika bagi contoh di
atas, EMA akan menitik berat harga bagi Hari 3, 4, dan 5.
Ini bermakna “spike” pada
Hari 2 tidak akan memberi kesan yang besar kepada pergerakan moving average
seperti yang terjadi kepada SMA.
Mari lihat contoh berikut
yang mana telah diplotkan dengan SMA dan EMA.
Perhatikan bagaimana EMA 30
(garisan merah) berada lebih hampir dengan pergerakan pasaran berbanding dengan
SMA 30 (garisan biru). Ini bermakna EMA menggambarkan pergerakan harga dengan
lebih tepat.
Subtopik:
- Exponential Moving Average, EMA (Purata Pergerakan Bereksponen)