/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Simple Moving Averages, SMA (Purata Pergerakan Mudah)


Simple moving average (SMA) merupakan moving average yang paling mudah. SMA dikira dengan menambah ‘N’ tempoh terakhir harga penutup dan kemudian membahagikan nombor tersebut dengan ‘N’.

Contohnya jika anda memplot SMA dengan tempoh 5 pada carta 1-jam, harga penutup bagi 5 jam terakhir akan ditambah dan kemudian dibahagikan dengan 5 untuk mendapatkan harga purata bagi tempoh 5 jam.

Jika anda memplotkan SMA tempoh 5 pada carta 10-minit, harga penutup bagi 50 minit terakhir akan ditambah dan kemudian dibahagikan dengan 5 untuk mendapatkan harga purata bagi tempoh 50 minit.
  
Kebanyakkan carta forex mempunyai indikator ini dan akan plotkan untuk anda. Anda hanya perlu klik indikator ini yang kebiasannya ada disediakan pada menu carta dan tetapkan tempoh (period) yang anda mahu.

Seperti indikator yang lain, SMA merupakan indikator tertangguh kerana ia menggunakan harga yang telah lepas dan SMA yang terbentuk adalah reaksi daripada harga yang telah lepas. Jadi apa yang anda lihat ialah trend umum bagi harga pasaran yang baru lepas dan arah umum bagi pergerakan seterusnya.
  

Berikut ialah bagaimana SMA pada carta forex.






Pada carta forex di atas, telah diplotkan tiga SMA yang berbeza tempoh pada carta 1-jam. Seperti yang anda boleh lihat, semakin panjang tempoh SMA, semakin lambat ia bertindak balas dengan pergerakan pasaran.

Perhatikan SMA 62 sangat jauh dengan harga pasaran semasa berbanding dengan SMA 30 dan 5. Ini kerana SMA 62 mengambilkira harga purata bagi harga penutup 62 jam/candle yang sebelumnya.

Jadi, semakin besar tempoh SMA, semakin perlahan ia bertindak balas dengan pergerakan harga.

SMA-SMA pada carta forex tadi menunjukkan sentimen keseluruhan pasaran pada ketika itu.

SMA memberikan pandangan yang lebih luas terhadap pergerakan pasaran dan memberikan gambaran umum terhadap pergerakan seterusnya. Dengan menggunakan SMA, kita dapat tentukan trend pasaran samada sedang menaik, menurun ataupun hanya menyisi.
  
Satu masalah dengan SMA ialah ia terdedah dengan kesan “spike” iaitu kenaikan/penurunan harga yang mendadak. Jika ini berlaku, SMA berkemungkinan  memberi isyarat yang salah dan mungkin menunjukkan seperti trend baru sedang membentuk walhal trend sebenarnya tidak berubah.

Dalam pelajaran seterusnya anda akan didedahkan dengan jenis moving average yang lain untuk mengatasi masalah SMA.


Subtopik:

  • Simple Moving Averages, SMA (Purata Pergerakan Mudah)

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah