/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Ringkasan: Moving Averages


Terdapat beberapa jenis moving average (MA). Dua yang paling biasa digunakan ialah simple moving average (SMA) dan exponential moving average (EMA).

SMA merupakan MA yang paling mudah tetapi terdedah dengan “spike”.

EMA lebih memberatkan pada harga yang terbaru dalam pengiraan yang mana bermaksud lebih memberi penekanan kepada aktiviti pasaran semasa.

SMA lebih halus berbanding dengan EMA.

MA dengan tempoh yang lebih panjang adalah lebih halus berbanding dengan MA dengan tempoh yang lebih pendek.

Menggunakan EMA membantu anda mengenalpasti trend lebih awal, tetapi ia tetap terdedah dengan isyarat palsu.

SMA lebih lambat bertindak balas terhadap perubahan harga tetapi ia dapat mengelakkan anda daripada “spike” dan isyarat palsu. Tetapi, oleh kerana tindak balasnya lambat, ia boleh membuatkan anda lambat mengenalpasti trend dan terlepas peluang yang baik untuk jual/beli.

Anda boleh menggunakan MA untuk membantu anda mengenalpasti trend, cari entri yang baik, dan mengenalpasti jika sesuatu trend hampir berakhir.

MA juga boleh digunakan sebagak aras sokongan dan rintangan dinamik.

Salah satu teknik yang baik dalam menggunakan MA ialah dengan memplot beberapa jenis MA supaya anda dapat lihat pergerakan pasaran bagi kedua-dua jangka masa panjang dan pendek.



Subtopik:

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah