/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Moving Average Sebagai Aras Sokongan dan Rintangan Dinamik

Moving average (MA) juga boleh digunakan sebagai aras sokongan dan rintangan dinamik dalam dagangan forex.
Ia dipanggil dinamik kerana aras-aras tersebut berubah-ubah mengikut harga pasaran semasa.

Banyak trader melihat MA sebagai aras sokongan dan rintangan. Ketika trend menaik dan garisan MA berada pada bawah harga pasaran, trader-trader ini akan beli bila harga jatuh dan sentuh MA (MA sebagai sokongan).
Sebaliknya, ketika trend menurun dan garisan MA berada pada atas harga pasaran, trader-trader akan jual jika harga naik kemudian menyentuh MA (MA sebagai rintangan).

Teknik ini digunakan berdasarkan kebiasaan yang mana harga pasaran akan berpatah balik apabila menyentuh MA.

Mari lihat contoh berikut.





Pasaran dalam carta di atas telah diplot dengan Exponential Moving Average (EMA) dengan tempoh 50 dan pasaran sedang menurun. Garisan EMA 50 berada di bahagian atas harga pasaran. Setiap kali harga bergerak naik dan menyentuh darisan EMA 50, ia akan berpatah balik. Garisan EMA 50 telah bertindak sebagai aras rintangan.

Namun begitu, harga pasaran tidaklah semestinya tepat-tepat kena pada garisan MA sebelum ia berpatah balik. Kadang-kadang ia akan melepasi sedikit garisan MA tersebut sebelum berpatah balik.

Terdapat juga ketika bila harga terus bergerak melepasi garisan MA tanpa berpatah balik.

Antara teknik yang digunakan trader forex untuk menggunakan MA sebagai aras sokongan dan rintangan yang berkesan ialah dengan memplot dua MA, dan buka posisi beli/jual apabila harga berada di zon antara kedua-dua MA tersebut.

Mari lihat contoh seterusnya. Kali ini kira akan gunakan dua EMA iaitu EMA 10 dan 20.



Pada carta forex diatas, anda dapat lihat harga bergerak beberapa pips melepasi sedikit EMA 10 kemudiannya jatuh.

Ideanya ialah, sama seperti garisan sokongan dan rintangan, MA-MA ini digunakan sebagai zon atau kawasan yang penting.

Kawasan atau zon di antara MA-MA dilihat sebagai zon sokongan atau rintangan.


Memecahkan Aras Sokongan dan Rintangan Dinamik

Sekarang anda telah ketahui yang MA boleh bertindak sebagai aras sokongan dan rintangan. Menggabungkan dua MA boleh mendapatkan kawasan yang bertindak sebagai zon sokongan dan rintangan. 

Tapi anda juga perlu tahu, aras sokongan dan rintangan dinamik ini juga boleh dipecahkan oleh pasaran iaitu ketika pasaran ingin berubah arah (tukar trend).

Jom lihat contoh seterusnya.



Pada carta forex diatas, kita dapat lihat EMA 50 bertahan sebagai aras rintangan yang kuat pada mulanya dan harga pasaran berpatah balik beberapa kali apabila sampai ke aras tersebut.

Tetapi akhirnya, pasaran telah menembusi EMA 50 dan terus naik ke atas. Pasaran kemudian berpatah balik dan menguji garisan EMA 50 tadi, tapi di sebelah atas EMA, yang mana membuktikan EMA 50 tadi telah menjadi aras sokongan yang kuat.
Anda dapat lihat bagaimana aras rintangan berubah menjadi aras sokongan (dan sebaliknya) apabila pasaran bertukar trend.

Seperkara yang bagus tentang menggunakan MA ialah ia sentiasa berubah, maknanya anda Cuma perlu plot pada carta dan biarkannya tanpa perlu sentiasa lihat semula pada harga-harga sebelumnya untuk mencari aras sokongan dan rintangan.



Subtopik:

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah