Mesti anda tertanya-tanya
yang mana lebih baik? Simple Moving Average (SMA) atau Exponential Moving
Average (EMA)?
Mari kita lihat pada EMA
dulu. Apabila anda mahu moving average yang boleh memberi tindak balas yang
cepat terhadap pergerakan pasaran, maka EMA dengan tempoh singkat adalah yang
terbaik.
Ini akan membantu anda
untuk mengenalpasti trend dengan cepat yang mana akan memberi keuntungan yang
lebih banyak kerana anda dapat membuka posisi jual/beli di awal pembentukan
trend, dengan lebih cepat.
Kekurangan EMA ialah anda
mungkin mendapat isyarat palsu ketika pasaran sedang bergerak menyisi.
Oleh kerana moving average
bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan harga, anda mungkin fikir trend
sedang terbentuk sedangkan ia sebenarnya adalah “spike”. Ini biasa terjadi jika
indikator tersebut terlalu cepat bertindak balas dengan perubahan harga.
Dengan menggunakan SMA,
jika anda mahu moving average yang lebih halus dan tindak balas lebih perlahan
terhadap perubahan harga, SMA dengan tempoh yang lebih tinggi adalah sesuai.
Ini sangat berguna apabila
menggunakannya ke atas carta dengan sela masa yang lebih lama kerana ia dapat
memberikan idea terhadap trend keseluruhan.
Walaupun tindak balas
terhadap pergerakan harga lebih perlahan, ia dapat membantu anda mengelak
daripada terkena isyarat jual/beli palsu. Walaubagaimanapun, oleh kerana tindak
balasnya perlahan, ia mungkin menyebabkan anda lewat mengecam pembentukan trend
dan seterusnya menyebabkan anda terlepas entri jual/beli yang baik!
Jadual di bawah adalah kelebihan
dan kekurangan SMA dan EMA.
SMA
|
EMA
|
|
Kelebihan
|
Carta lebih halus – dapat mengelakkan isyarat palsu
|
Tindak balas cepat – dapat mengenalpasti tempat entri jual/beli lebih
cepat
|
Kekurangan
|
Tindak balas perlahan – lambat mengenalpasti tempat entri untuk
jual/beli
|
Terdedah dengan isyarat palsu dan salah.
|
Jadi, EMA atau SMA yang
lebih baik?
Ia sepenuhnya bergantung
kepada anda untuk putuskan!
Kebanyakan trader plot
beberapa moving average yang berbeza-beza pada sesuatu carta forex untuk menggunakan
kelebihan yang ada pada setiap moving average. Mereka mungkin menggunakan SMA
dengan tempoh lebih tinggi untuk mendapatkan trend keseluruhan, kemudian
menggunakan EMA yang lebih pendek untuk mencari entri baik untuk jual/beli.
Terdapat beberapa strategi
yang boleh digunakan dengan menggunakan moving averages untuk trade forex.
Strategi-strategi ini akan diberitahu dalam topik-topik seterusnya.
Subtopik: