/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Menggunakan Moving Average, MA (Purata Pergerakan)


Seperti yang dibincangkan sebelum ini, moving average (MA) boleh digunakan untuk membantu anda mengenalpasti trend pasaran.

Cara paling mudah untuk menggunakannya ialah dengan memplot satu moving average pada carta. Jika harga bergerak atas garisan moving average, ia menunjukkan pasaran sedang trend menaik secara umumnya. Sebaliknya jika harga bergerak bawah garisan moving average, ia menunjukkan pasaran sedang trend menurun.



Mudah bukan? Tapi sebenarnya, ia tidaklah semudah itu.

Katakanlah pasaran sedang trend menurun, tiba-tiba ada laporan berita yang seterusnya menyebabkan harga naik mendadak untuk masa yang singkat.


Anda lihat sekarang harga telah berada di atas garisan moving average yang mana sepatutnya ia memberi isyarat trend pasaran sedang berubah kepada menaik.

Anda kemudian membuat keputusan untuk beli.

Tiba-tiba tak semena-mena, pasaran kembali bergerak kebawah menyambung trend menurun yang sebelumnya. Kenaikan mendadak tadi hanyalah sementara disebabkan oleh laporan berita dan anda telah terjerat dengan isyarat palsu!



Apa yang kebanyakan trader forex buat dan kami juga ingin cadangkan kepada anda ialah dengan memplot beberapa moving average pada carta forex berbanding dengan hanya bergantung kepada satu moving average sahaja. Ini akan memberikan isyarat yang lebih jelas samada pasaran sedang trend menaik atau menurun bergantung pada susunan moving average.

Mari kita lihat bagaimana caranya.

Kita akan memplot moving average dengan tempoh yang berbeza. Moving average (tempoh pendek) yang lebih laju akan diplot bersama-sama dengan moving average (tempoh panjang) yang lebih perlahan. Pada trend menaik, moving average yang lebih laju akan berada pada atas moving average yang lebih perlahan, dan sebaliknya bagi trend menurun.

Contohnya, katakan kita plot dua simple moving average (SMA), SMA 10-tempoh dan 20-tempoh. Pada carta forex, ia kelihatan seperti berikut:



Pada carta diatas, sepanjang pasaran bergerak dengan trend menaik, SMA 10 berada atas SMA 20. Seperti yang anda lihat, anda boleh menggunakan gabungan moving average untuk menunjukkan samada pasaran sedang trend menaik atau menurun dan mengelakkan isyarat palsu. Untuk menentukan trend, anda perlu lihat susunan MA-MA tersebut sahaja dan tidak membandingkan dengan kedudukan pasaran seperti ketika menggunakan satu MA sahaja.

MA laju diatas MA perlahan ketika trend menaik, MA perlahan diatas MA laju ketika trend menurun.

Anda juga boleh menggabungkannya dengan garisan trend untuk membantu anda memutuskan samada buka posisi beli atau jual.

Anda juga boleh cuba menggunakan lebih daripada dua moving average pada carta. Selagi garisan-garisan moving average berkeadaan tersusun (MA laju diatas MA perlahan ketika trend menaik, MA perlahan diatas MA laju ketika trend menurun), ia dapat membantu anda menentukan pasaran sedang menurun atau menaik.



Subtopik:


Sila pilih salah satu topik Forex di bawah