/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Moving Averages Indicator (Indikator Purata Pergerakan)


Moving average (MA) merupakan satu cara untuk menghaluskan pergerakan pasaran pada carta. Moving average akan menggunakan purata harga tutup sesuatu pasangan matawang bagi sesuatu tempoh ‘N’ (contohnya bagi carta 1-jam, jika pilih MA dengan 5-tempoh, harga purata akan dikira bagi 5-jam/5-candle).

Pada carta forex, ia akan kelihatan seperti berikut:



Seperti indikator yang lain, moving averages membantu kita untuk meramal pergerakan pasaran. Dengan memerhatikan kecerunan moving average, anda boleh meramal arah pergerakan pasaran seterusnya.

Terdapat beberapa jenis moving average dan masing-masing mempunyai tahap “kehalusan” yang tersendiri. Semakin halus sesuatu moving average itu, semakin perlahan ia bertindak balas terhadap pergerakan harga pasaran dan sebaliknya.
Dan juga semakin besar julat yang anda pilih untuk moving average anda, semakin halus pergerakannya kerana harga purata akan dikira bagi tempoh pasaran yang lebih lama.

Terdapat dua jenis moving average yang utama iaitu Simple (mudah) dan Exponential (bereksponen).

Moving average tersebut akan diterangkan dalam pelajaran seterusnya.


Subtopik:
  • Moving Averages Indicator (Indikator Purata Pergerakan)

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah