/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Ringkasan: Fibonacci


Aras-aras penting Fibonacci Retracement (FR) yang perlu diambil perhatian dalam dagangan forex ialah 23.6%, 38.2%, 50.0%, 61.8% dan 76.4%.

Aras 38.2%, 50.0%, dan 61.8% merupakan aras yang paling penting kerana kerap kali aras-aras ini menjadi aras sokongan/rintangan yang kuat.

Trader-trader forex menggunakan aras FR sebagai aras yang berpotensi menjadi aras sokongan dan rintangan untuk membuka posisi jual/beli. Oleh kerana banyak trader memerhatikan aras yang sama dan jual/beli pada aras yang sama, pasaran forex berkebarangkalian tinggi bertindak balas kepada aras-aras FR tersebut.

Aras-aras penting Fibonacci Extension (FE) ialah 38.2%, 50.0%, 61.8%, 100%, 138.2% dan 161.8%.

Trader-trader forex menggunakan aras FE sebagai aras yang berpotensi menjadi aras sokongan dan rintangan untuk mencari sasaran untuk mengambil keuntungan. Lagi sekali, kerana banyak trader memerhatikan aras yang sama dan jual/beli pada aras yang sama, pasaran forex berkebarangkalian tinggi bertindak balas kepada aras-aras FE tersebut.

Untuk menggunakan Fibonacci pada carta forex anda, anda perlu mengenalpasti titik ayun tinggi (puncak) dan ayun rendah (lembah).

Oleh kerana banyak trader menggunakan Fibonacci, pasaran forex berkebarangkalian tinggi bertindak balas pada aras-aras Fibonacci dan aras-aras tersebut secara sendirinya menjadi aras sokongan dan rintangan.

Dengan menggunakan Fibonacci, kebarangkalian untuk mengenalpasti tempat jual/beli yang betul lebih tinggi jika menggabungkannya dengan aras sokongan dan rintangan yang lain, garisan trend dan corak-corak candlestick



Subtopik:
  • Ringkasan: Fibonacci

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah