Dalam topik sebelum ini, anda telah didedahkan dengan
cara untuk mengenalpasti trend pasaran dengan memplot beberapa moving average
(MA) pada carta forex anda.
Dalam topik ini anda akan didedahkan dengan teknik
untuk mengecam perubahan trend dengan menggunakan persilangan MA.
Apa yang perlu anda buat ialah dengan memplot beberapa
moving average (MA dengan tempoh yang berbeza-beza) pada carta forex anda dan tunggu
MA-MA tersebut untuk bersilang.
Jika sesuatu MA itu bersilang dengan MA yang lain, ia boleh
memberi isyarat bahawa trend pasaran akan berubah seterusnya memberi anda
peluang untuk dapat entri yang baik di awal perubahan trend. Untung besar!
Mari kita lihat contoh berikut bagaimana persilangan
MA-MA dapat membantu anda.
Pada carta forex diatas, telah diplot SMA 10 & 20.
Anda dapat lihat trend pasaran pada mulanya ialah menaik. Kemudian SMA 10
bersilang dengan SMA 20.
Apa yang terjadi seterusnya?
Pasaran berubah trend kepada menurun!
Jika anda membuka entri Jual pada persilangan MA-MA
tersebut, sudah pasti anda telah membuat untung yang banyak!
Namun begitu, anda harus ingat, seperti
indikator-indikator lain, ianya tidaklah 100% tepat. Ada kalanya ia tidak
menjadi. Sebalik menukar trend selepas bersilang, pasaran terus bergerak dengan
trend yang sebelumnya. Dengan kata lain, ia juga berpotensi memberi isyarat
palsu!
Jadi anda harus mempertimbangkan untuk meletakkan Stop
Loss atau sasaran pengambilan untung bagi entri anda. Jangan buat entri tanpa merancang
terlebih dahulu!
Sesetengah trader bertindak menutup posisi beli/jual
mereka apabila persilangan MA baru terbentuk atau pasaran bergerak berlawanan
arah dengan posisi yang dibuka.
Subtopik:
- Teknik Persilangan Moving Average