Jika garisan trend dilukis dengan betul dalam pasaran forex, ia boleh menjadi petunjuk (indicator) yang tepat. Malangnya, banyak trader tidak melukis garisan trend dengan betul atau tidak membuat garisan trend yang boleh membaca pergerakan pasaran seterusnya sebaliknya membuat garisan itu mengikut pergerakan pasaran semasa semata-mata.
Secara asasnya, garisan trend menaik (uptrend line) dilukis disepanjang bahagian bawah pasaran untuk mengenalpasti aras sokongan (support) dengan mudah. Dalam trend menurun, garisan trend dilukis di bahagian atas pasaran untuk mengenalpasti aras rintangan (resistance).
Cara melukis garisan trend
Untuk melukis garisan trend yang betul, anda perlu mengenalpasti dua puncak atau lembah utama dan kemudian sambungkannya. Itu sahaja.
Jenis-Jenis Trend
Terdapat tiga jenis trend yang utama:
1) Trend menaik (uptrend)
2) Trend menurun (downtrend)
3) Trend menyisi/mendatar (sideways)
Berikut ialah beberapa perkara penting yang perlu anda ingat tentang garisan trend:
- Ia memerlukan sekurang-kurangnya dua puncak atau lembah untuk melukis garisan trend yang sah tetapi ia memerlukan TIGA untuk memastikan atau mengesahkan garisan trend tersebut.
- Semakin tinggi KECERUNAN garisan trend yang dilukis, semakin kurang kebolehbergantungan terhadap garisan trend tersebut dan kemungkinan besar akan mudah pecah dan memberikan isyarat trade palsu.
- Seperti juga aras-aras sokongan dan rintangan, garisan trend juga dianggap kuat/kukuh jika semakin banyak kali pasaran menguji garisan tersebut (pasaran bergerak berpatah balik apabila mencecah garisan trend).
- Dan yang paling penting, JANGAN SESEKALI melukis garisan trend dengan memaksa garisan tersebut untuk sesuai/masuk dengan pasaran/candle. Jika garisan tersebut memang tidak boleh masuk atau sesuai dengan pasaran/candle pada ketika itu, bermakna garisan trend tersebut adalah salah.
- Garisan trend yang dilukis tidak boleh melanggar/memotong badan atau bayang-bayang candle.
Subtopik:
- Garisan Trend (Trend Lines)