Teknik Lantunan (Bounce)
Teknik lantunan ialah salah satu cara untuk trade aras sokongan dan rintangan selepas pasaran melantun atau berpatah balik selepas sampai ke aras sokongan atau rintangan. Teknik ini sangat berguna dalam pasaran forex.
Kebanyakan pemain forex (trader) melakukan kesilapan dengan menetapkan order (tempahan jual/beli) betul-betul atas garisan sokongan atau rintangan kemudian hanya menunggu trade mereka untuk menjadi. Memang betul cara ini kadang-kadang memang menjadi tetapi cara ini lebih kepada anggapan bahawa aras sokongan atau rintangan akan melantunkan pergerakan pasaran walaupun sebenarnya pasaran tidak sampai pun lagi ke aras-aras tersebut.
Apabila menggunakan kaedah lantunan dalam pasaran forex atau selainnya, sebolehnya kita mahu pasaran bergerak mengikut kehendak kita. Tetapi meletakkan order betul-betul atas garisan atau aras sokongan atau rintangan adalah salah. Cara yang betul adalah dengan membuat kepastian terlebih dulu kemana sebenarnya pasaran akan bergerak, adakah akan melantun atau terus memecahkan aras sokongan atau rintangan. Cara untuk memastikannya ialah dengan menunggu pasaran melantun terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu order atau membuka posisi jual/beli. Dengan cara ini, anda dapat elakkan keadaan bila mana pasaran bergerak pantas dan memecahkan aras sokongan atau rintangan tanpa melantun semula.
Teknik Pemecahan (Breakout Trading)
Pergerakan pasaran seperti pasaran forex tidak selalunya melantun apabila sampai ke aras sokongan atau rintangan. Pasaran seperti forex sering kali memecahkan aras-aras sokongan atau rintangan. Oleh kerana itu, teknik trade pemecahan (trading breakout) ini diterbitkan.
Terdapat dua kaedah untuk menggunakan teknik pemecahan ini dalam pasaran forex, iaitu kaedah agresif dan kaedah konservatif.
Kaedah Agresif
Cara yang mudah untuk menggunakan teknik pemecahan dalam pasaran forex ialah dengan beli/jual apabila harga pasaran telah pasti melepasi zon sokongan atau rintangan. Ingat, cara ini hanya apabila anda sudah pasti bahawa pasaran memang sudah benar-benar begerak melepasi zon sokongan atau rintangan yang penting.
Kaedah Konservatif
Mari kita lihat satu situasi dalam forex yang mana anda membuat keputusan untuk beli EUR/USD dengan harapan ia akan melantun daripada satu aras sokongan dan bergerak naik. Tidak lama selepas itu, pasaran bergerak memecahkan aras sokongan tersebut, harga EUR/USD menurun dan sekarang posisi beli EUR/USD anda tadi sedang kerugian.
Ketika EUR/USD terus menurun, adakah anda…
1. Terima kerugian tersebut dan cairkan posisi beli anda tadi dengan tutup posisi (iaitu dengan menjual) tersebut?
ATAU
2. Masih membiarkan posisi beli anda tadi terbuka dan berharap harga EUR/USD akan naik semula?
Jika anda memilih jawapan ke 2, maka anda perlu lebih faham kaedah trade ini. Ingat, jika anda menutup sesuatu posisi trade, anda mengambil trade yang sebaliknya(iaitu jika anda beli, tutup posisi beli bermaksud anda jual). Apabila anda tutup (iaitu jual) posisi beli EUR/USD anda pada atau hampir dengan harga anda beli (breakeven level) bermaksud anda akan jual EUR/USD dengan amaun yang sama anda beli. Jika ramai yang membuka trade seperti anda tadi (beli EUR/USD) dan mengambil keputusan yang sama seperti anda untuk tutup posisi tersebut (iaitu jual), harga EUR/USD akan terus menurun. Fenomena ini menjadi sebab utama kenapa aras sokongan bertukar menjadi aras rintangan selepas pasaran bergerak menebusinya (pemecahan).
Untuk mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan ke atas fenomena ini, anda perlu membuka posisi trade selepas pasaran patah balik (pullback) ke aras sokongan yang telah dipecahkan (yang seterusnya menjadi aras rintangan) dan selepas pasaran melantun dari aras tersebut.
Anda perlu berhati-hati…perkara seperti ini tidak sentiasanya terjadi dalam forex. Akan terdapat masa yang mana harga akan terus bergerak pada satu arah tanpa berpatah balik ke aras sokongan atau rintangan yang dipecahkan atau pasaran kembali ke aras sokongan atau rintangan yang dipecahkan dan terus bergerak dalam satu arah tanpa melantun dan seterusnya meninggalkan anda. Oleh sebab itu, adalah penting untuk menggunakan Stop Loss untuk menghadkan kerugian anda dan jangan sesekali kekalkan sesuatu posisi yang rugi lama-lama hanya dengan bergantung pada harapan.
Subtopik:
- Trade Dengan Garisan (Sokongan dan Rintangan)