Sokongan dan rintangan adalah aras-aras dimana harga berkemungkinan akan berhenti dan kadang-kala akan berpatah balik.
Aras-aras sokongan dan rintangan ini sangat berguna dalam pasaran forex. Ia banyak digunakan untuk analisa teknikal pasaran forex.
Apabila pasaran bergerak naik dan kemudian berpatah balik untuk turun, titik tertinggi yang dicapai sebelum ia berpatah balik ialah aras rintangan.
Apabila pasaran begerak turun dan kemudian berpatah balik untuk naik, titik terendah yang dicapai sebelum ia berpatah balik ialah aras sokongan.
Seperkara yang perlu diingat, aras-aras sokongan dan rintangan bukanlah suatu nombor yang tetap.
Bagi membantu anda menapis isyarat palsu pemecahan aras-aras sokongan dan rintangan, anda perlu menganggap aras-aras tersebut sebagai satu zon dan tidak menganggapnya sebagai satu nombor konkrit atau nombor tetap.
Satu cara mudah untuk mencari zon-zon ini ialah dengan memplot (melukis) garis-garis untuk sokongan dan rintangan pada carta garis dan bukan pada carta candlestick.
Seperkara lagi yang perlu diingat ialah apabila harga melepasi (menembusi) aras rintangan, aras rintangan tersebut berpotensi menjadi aras sokongan. Begitu juga untuk aras sokongan, apabila harga melepasi (menembusi) aras sokongan, aras sokongan tersebut berpotensi menjadi aras rintangan.
Garisan Trend
Bentuk garis trend yang paling asas:
- untuk trend menaik, garisan menaik yang dilukis di sepanjang bahagian bawah harga pasaran dengan menyambungkan lembah-lembah dan bertindak sebagai aras sokongan; - untuk trend menurun, garisan menurun yand dilukis di sepanjang bahagian atas harga pasaran dengan menyambungkan puncak-puncak dan bertindak sebagai aras rintangan.
Terdapat tiga jenis garis trend yang digunakan dalam pasaran forex
- Trend menaik
- Trend menurun
- Trend mendatar (menyisi)
Saluran
Untuk membuat saluran menaik, lukis garisan selari dan bersudut sama dengan garisan trend menaik dan gerakkan garisan itu ke posisi dimana ia menyentuh puncak yang terbaru.
Untuk membuat saluran menurun, lukis garisan selari dan bersudut sama dengan garisan trend menurun dan gerakkan garisan itu ke posisi dimana ia menyentuh lembah yang terbaru.
Secara kesimpulannya, terdapat tiga jenis saluran yang digunakan dalam pasaran forex:
- Saluran menaik
- Saluran menurun
- Saluran mendatar
Di dalam forex, terdapat dua kaedah untuk menggunakan aras-aras sokongan dan rintangan untuk trade iaitu kaedah lantunan (bounce) dan kaedah pemecahan (breakout).
Subtopik:
Subtopik:
- Ringkasan: Sokongan dan Rintangan