/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Saluran (Channels)

Jika kita lukis dua garisan yang selari yang mempunyai sudut yang sama pada sebelah bawah dan atas sesuatu trend menaik atau menurun (contohnya dalam forex), kita akan dapat satu saluran.

Saluran merupakan salah satu lagi alat untuk analisis teknikal dalam pasaran forex yang mana boleh digunakan untuk menentukan posisi untuk jual dan beli yang baik. Kedua-dua puncak dan lembah saluran menunjukkan kawasan berpotensi sebagai aras sokongan dan rintangan.


Untuk membuat saluran menaik, buat garisan selari dengan sudut yang sama dengan garisan trend menaik dan gerakkan hujung saluran tadi sehingga ia menyentuh puncak yang paling baru. Saluran perlu dibuat sebaik sahaja selepas membuat garisan trend.

Untuk membuat saluran menurun, buat garisan selari dengan sudut yang sama dengan garisan trend menurun dan gerakkan hujung saluran tadi sehingga ia menyentuh lembah yang paling baru. Saluran perlu dibuat sebaik sahaja selepas membuat garisan trend.

Cara untuk aplikasi dalam pasaran forex, apabila harga menyentuh bawah garisan trend, ini boleh digunakan sebagai zon untuk meletakkan posisi beli dan apabila harga menyentuh atas garisan trend, ini boleh digunakan sebagai zon untuk meletakkan posisi jual.

Jenis-Jenis Saluran

Terdapat tiga jenis saluran yang biasa digunakan dalam forex:
1)    Saluran menaik
2)    Saluran menurun
3)    Saluran mendatar/menyisi

Perkara penting yang perlu diingat tentang garisan trend dalam saluran:
  • Apabila membuat sesuatu saluran, kedua-dua garisan trend mesti selari antara satu sama lain iaitu kedua-dua mempunyai sudut yang sama terhadap garisan mendatar.
  • Secara umumnya, bahagian bawah garis saluran dianggap sebagai zon membeli manakala bahagian atas garis saluran dianggap sebgai zon menjual.
  • Seperti juga garis trend, JANGAN SESEKALI memaksa harga masuk dalam saluran yang anda buat iaitu anda cuba sedaya upaya membuat saluran merangkumi sesuatu harga walaupun harga tersebut melepasi jangkauan saluran. Kedua-dua garisan pada saluran jika tidak mempunyai sudut yang sama (tidak selari( adalah tidak betul dan boleh memberikan isyarat trade forex yang palsu.

Subtopik:
  • Saluran (Channels)


    Sila pilih salah satu topik Forex di bawah