/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Apakah Forex?

Forex atau FX ialah singkatan daripada perkataan "Foreign Exchange" yang bermaksud tukaran matawang asing. Sebagai contoh jika anda tukar wang Ringgit anda kepada Dollar Amerika (US Dollar atau USD), anda secara tak langsung telah terlibat dalam dagangan Forex. Dalam kes ini, anda menjual (sell) Ringgit dan membeli (buy) USD.

Forex merupakan pasaran kewangan terbesar di dunia dengan kapasiti dagangan sebanyak hampir USD$ 4 TRILLION sehari! Jika ingin dibandingkan dengan New York Stock Exchange (NYSE) yang setiap hari keluar berita pun, NYSE hanyalah berkapasiti USD$74 billion sahaja. Jauh beza bukan???

Tak heranlah kenapa begitu ramai orang senang-senang buat duit dengan main forex je. Warren Buffet, seorang pelabur yang tersangat kaya, menggelarkan Forex sebagai "Senjata Kekayaan Terunggul". Sekarang terpulang kepada anda untuk menggunakan senjata ini untuk menjana kekayaan dengan pantas.

Subtopik:

  • Apakah Forex?

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah