/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Matawang Didagangkan Berpasangan

Matawang didagangkan melalui broker secara berpasangan. Dengan kata lain perdagangan Forex ialah pembelian sesuatu matawang dan penjulan sesuatu matawang yang lain secara serentak.

Contohnya, pasangan (pair) Euro dan US dollar (EUR/USD). Jika anda membeli (buy) pasangan matawang ini, bermakna anda membeli Euro dan menjual USD. Jika anda menjual (sell) pasangan matawang ini, bermakna anda menjual Euro dan membeli USD.

Kadar tukaran pasangan-pasangan matawang tersebut bergantung kepada kekuatan kedua-dua matawang tersebut dalam sesuatu masa. Contoh, untuk pair EUR/USD, dalam sesuatu masa, jika EUR lagi kuat berbanding USD, maka harga EUR/USD akan meningkat dan sebaliknya jika USD lagi kuat berbanding EUR, maka harga EUR/USD akan menurun.

Pasangan-pasangan Matawang Utama (Major Currency Pairs)


Pasangan-pasangan matawang dalam jadual dibawah dianggap pasangan utama dan mengandungi USD pada salah satu belah. Pasangan-pasangan matawang utama ini juga mempunyai kecairan (liquidity) tertinggi dan didagangkan dengan meluas di seluruh dunia.

Pasangan matawang bersilang (Cross-Currency Pairs)

Pasangan matawang yang tiada USD dikenali dengan pasangan matawang bersilang. Berikut ialah antara pasangan-pasangan matawang bersilang.

Subtopik:
  • Matawang Didagangkan Berpasangan

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah