Pasaran Forex merupakan pasaran kewangan terbesar dan terpopular di dunia, didagangkan di seluruh dunia oleh berjuta-juta individu perseorangan dan organisasi-organisasi.
Dalam pasaran Forex, pedagang-pedagang menentukan dagangan bergantung kepada keadaan pasaran, tarikan harga dan reputasi sesuatu negara atau matawang.
Carta di bawah menunjukkan 10 matawang yang paling aktif didagangkan.
Daripada carta kita boleh lihat berapa kerap USD didagangkan iaitu 84.9% daripada keseluruhan transaksi. Jadi adalah penting untuk menumpukan kepada USD kerana matawang USD yang paling banyak didagangkan justeru menjadi yang paling cair.
Kecairan sesuatu matawang sangat penting untuk mengerakkan pasaran Forex. Jika matawang kurang cair, pergerakan pasaran forex untuk matawang tersebut menjadi perlahan dan sukar untuk membuat dagangan atau bid.
Spekulasi
Satu perkara penting tentang pasaran forex ialah kebanyakan dagangan matawang adalah atas dasar spekulasi. Dalam kata lain, kebanyakan kapasiti dagagangan forex datang dari trader (pedagang) yang beli dan jual atas dasar pegerakan harga harian. Kapasiti dagangan yang disebabkan spekulasi dianggarkan lebih daripada 90%!
Skala dagangan spekulasi yang lebih 90% menunjukkan bahawa kecairan (kapasiti belian dan jualan pada sesuatu masa) adalah sangat tinggi. Ini memudahkan sesiapa sahaja untuk beli dan jual sesuatu matawang.
Dari perspektif pelaburan, kecairan sangat penting kerana ia menunjukkan sejauh mana harga mudah berubah untuk sesuatu tempoh masa. Keadaan pasaran yang cair seperti pasaran forex membolehkan dagangan dengan kapasiti yang besar dilakukan tanpa memberi kesan yang besar terhadap harga pasaran (harga pasaran hanya berubah sedikit).
Walaupun pasaran forex sangat cair, ia tetap boleh berubah bergantung kepada pasangan matawang dan masa dagangan.
Subtopik:
- Saiz Pasaran dan Kecairan