Membeli matawang dalam forex adalah diibaratkan seperti membeli "share" ataupun saham dalam sesuatu negara atau syarikat. Harga matawang adalah bergantung apa yang "difikirkan" oleh pasaran pada masa sekarang dan masa akan datang tentang ekonomi sesuatu negara tersebut.
Secara umumnya, kadar tukaran matawang sesuatu negara terhadap matawang negara lain bergantung kepada ekonomi kedua-dua negara tersebut. Sebagai contoh kadar tukaran USD ke JPY (Japanese Yen). Kadar tukaran ini bergantung kepada ekonomi US berbanding dengan Jepun. Sekiranya ekonomi US lebih baik berbanding Jepun, kadar tukaran USD/JPY akan meningkat (USD lebih mahal dari JPY) dan begitu jugalah sebaliknya.
Matawang-matawang Utama (Major Currencies)
Matawang-matawang utama ialah matawang yang selalu didagangkan di pasaran Forex.
Matawang disimbolkan dengan tiga huruf. Kebiasaanya dua huruf pertama adalah singkatan nama negara dan huruf ketiga ialah nama matawang. Contohnya, USD, "US" ialah singkatan untuk United States (Amerika) manakala "D" ialah untuk Dollar.
Nickname ialah gelaran untuk matawang tersebut seperti dalam jadual diatas.
Subtopik:
- Apakah yang didagangkan dalam forex?