Tiada komisen atau yuran
Tiada yuran pertukaran, tiada yuran kerajaan, tiada yuran broker. Kebanyakan broker mengambil untung melalui "bid-ask spread" iaitu beza antara harga beli dan jual matawang pada sesuatu masa.
Tiada orang tengah
Tiada orang tengah dalam pasaran forex dan anda boleh berdagang terus dengan pasaran. Jadi tidak perlu mengupah orang tengah untuk melakukan proses jual beli untuk anda. Sebaliknya hanya perlu bayar kos transaksi yang ditetapkan melalui "bid/ask spread".
Saiz lot tidak ditetapkan
Dalam pasaran forex, saiz lot atau kontrak tidak ditetapkan sebaliknya pedagang (trader) yang menentukan saiz lot sendiri. Ini membolehkan trader menyertai pasaran forex walaupun dengan modal kecil serendah USD$25.
Kos transaksi yang rendah
Kos transaksi (iaitu bid/ask spread) biasanya kurang dari 0.1% ketika pasaran berkeadaan biasa (kos transaksi berbeza sedikit untuk keadaan lain misalnya ketika "news release").
Pasaran 24 jam
Pasaran forex beroperasi 24 jam sehari dari Isnin hingga Jumaat. Bermula dari pagi Isnin di Australia hingga ke petang di New York, pasaran forex tidak pernah tidur, kecuali Sabtu dan Ahad. Jadi anda boleh memilih masa dari pagi, petang, dan malam untuk berforex ikut kelapangan masa anda.
Tiada siapa boleh lencongkan pasaran forex
Pasaran forex tersangat besar dan terdapat tersangat banyak peserta (trader) sehingga tiada seorang pun (walaupun bank pusat) dapat mengawal harga pasaran. Oleh itu pasaran forex sangat stabil dan membolehkan kita meramal pergerakan pasaran.
Leverage
Dalam forex, walaupun dengan deposit kecil, tapi anda boleh mengawal jumlah dagangan yang lebih besar (kapasiti jualan/belian melebihi wang deposit). Ini dinamakan leverage. Leverage membolehkan trader mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan dalam masa yang sama meminimakan risiko.
Sebagai contoh, broker forex mungkin menawarkan 50-to-1 leverage (50:1), yang bermaksud dengan deposit tunai USD$50 anda boleh membeli atau menjual matawang bernilai USD$2500 (iaitu USD$50 X 50 = USD$2500).
Namun harus diingat, leverage sebenarnya adalah pedang dua mata. Walaupun leverage boleh memberi pulangan berlipat kali ganda dengan modal yang kecil, leverage juga boleh memberi kerugian yang berlipat kali ganda.
Jadi pemilihan nisbah leverage yang betul adalah penting untuk mengurangkan risiko kerugian berganda dalam masa yang singkat.
Kecairan yang tinggi
Oleh kerana pasaran forex sangat luas, ia juga sangat cair. Ini bermaksud dengan satu klik sahaja anda terus boleh membuat belian/jualan tanpa perlu menunggu. Anda juga boleh menetapkan posisi tutup (close position) anda secara automatik menggunakan trading platform (platform yang digunakan untuk dagangan forex) anda apabila sudah mencapai target keuntungan (profit target) atau jika pasaran bergerak berlawanan arah.
Akaun demo percuma
Kebanyakan broker forex menawarkan akaun "demo" untuk tujuan latihan dan membina skil bermain forex. Walaupun secara "demo" tetapi berita forex dan carta adalah pada masa sebenar (real-time). Akaun demo adalah percuma.
Dengan akaun demo, anda akan diberi duit mainan (deposit palsu) dan anda akan gunakannya untuk berlatih bermain forex secara real-time.
Latihan dengan akauan demo adalah sangat penting sebelum anda membuka akaun live (akaun dengan duit sebenar).
Subtopik:
- Kelebihan Forex