/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Sesi London

Apabila sesi pasaran Asia hampir tutup, pasaran Eropah pula baru nak bermula.

Terdapat beberapa pusat kewangan utama di Eropah dengan London yang menjadi keutamaan. Oleh itu sesi Eropah dipanggil sesi London.

Secara sejarahnya, London sememangnya adalah pusat dagangan kerana lokasinya yang strategik. Tidak hairanlah jika London dianggap pusat forex dunia dengan beribu-ribu ahli perniagaan melakukan transaksi setiap minit. Kira-kira 30% daripada keseluruhan transaksi forex berlaku ketika sesi London.



Dibawah adalah jadual julat pip ketika sesi London bagi pasangan-pasangan matawang utama



Berikut ialah beberapa fakta tentang sesi London (sesi Eropah):
  • Oleh kerana sesi London bersilang (bertindih) dengan dua sesi dagangan utama yang lain (sesi Jepun dan New York), dan dengan London sebagai pusat kewangan, transaksi forex besar-besaran berlaku ketika sesi ini. Ini membawa kepada kecairan pasaran yang tinggi dan berpotensi merendahkan kos transaksi (iaitu "pip spread" rendah).
  • Disebabkan transaksi besar-besaran yang berlaku, sesi London biasanya menjadi sesi yang paling meruap (pasaran trending).
  • Kebanyakkan trend bermula ketika sesi London dan kebiasaanya ia akan berterusan sehingga permulaan sesi New York.
  • Kemeruapan biasanya mati di tengah-tengah sesi kerana trader keluar makan tengah hari dan menunggu sesi New YOrk untuk bermula.
  • Trend kadangkala bertukar arah (reverse) pada akhir sesi London kerana trader di Eropah melakukan proses pengambilan untung.

Pasangan Matawang Mana Yang Patut Anda Trade?

Oleh kerana kapasiti (volume) pasaran yang tinggi, kecairan juga menjadi tinggi ketika sesi Eropah ini dan membolehkan hampir kesemua pasangan matawang didagangkan.

Sudah tentu pasangan matawang utama (EUR/USD, GBP/USD. USD/JPY, and USD/CHF) adalah yang terbaik untuk didagangkan kerana "pip spread" ketika ini kebiasaanya ketat atau kecil. Selain itu pasangan-pasangan matawang utama ini juga akan dipengaruhi secara langsung oleh sebarang berita yang keluar ketika sesi Eropah.

Anda juga boleh mencuba trade pasangan matawang bersilang Yen seperti EUR/JPY dan GBP/JPY, kerana kemeruapan (volatility) yang tinggi ketika sesi ini. Tetapi oleh kerana pasangan-pasangan matawang tersebut ialah pasangan matawang bersilang, "pip spread" mungkin tinggi.

Subtopik:
  • Sesi London

    Sila pilih salah satu topik Forex di bawah