/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Sesi New York (U.S)

















Sesi New York bermula pada pukul 9 malam waktu Malaysia (8am EST). Sama macam sesi Asia dan Eropah, sesi U.S. juga terdapat satu pusat kewangan utama iaitu di New York.

Dibawah ialah jadual julat pip ketika sesi New York bagi pasangan-pasangan matawang utama.



Berikut ialah beberapa tips yang anda perlu ketahui tentang dagangan ketika sesi U.S:
  • Kecairan sangat tinggi ketika pasaran baru bermula (iaitu 8 pagi di NY atau 9 malam di Malaysia) kerana bertindihan dengan sesi Eropah.
  • Kebanyakan laporan ekonomi diterbitkan ketika pasaran sesi New York baru nak bermula. Harus diingat, kira-kira 85% daripada keseluruhan dagangan melibatkan US dollar, jadi apabila data ekonomi U.S diterbitkan, ia berpotensi menggerakkan pasaran.
  • Apabila sesi Eropah (sesi London) tamat, kecairan dan kemeruapan akan mati ketika waktu tengah hari sesi U.S (kira-kira selepas tengah malam waktu Malaysia).
  • Pergerakan pasaran amat sedikit pada tengah hari Jumaat waktu U.S (selepas tengah malam hari Jumaat waktu Malaysia). Ini kerana trader di Asia dan Eropah tidak trade ketika waktu ini.
  • Ketika hari Jumaat juga, pasaran berpotensi untuk bertukar arah (reversal) pada separuh masa kedua sesi New York (selepas tengah hari waktu U.S) kerana trader dari U.S menutup posisi dagangan mereka sebelum hujung minggu untuk mengurangkan risiko terdedah dengan berita yang keluar pada hujung minggu.

Pasangan Matawang Mana Yang Patut Anda Trade?

Ketika sesi pasaran U.S dan Eropah bertindih (overlap) iaitu pasaran masih buka pada waktu yang sama, kecairan pasaran sangat tinggi. Ini membolehkan anda trade apa jua pasangan matawang utama.

Selain itu, US Dollar merupakan matawang transaksi utama, trader-trader akan menumpukan perhatian kepada laporan data ekonomi U.S yang diterbitkan. Jika laporan yang diterbitkan adalah lebih baik atau lebih teruk daripada yang dijangka, pasaran akan bergerak dengan sangat dramatik kerana U.S dollar akan turun dan naik dengan pantas.

Subtopik:
  • Sesi New York

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah