/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Sesi-sesi Bertindih (Session Overlaps)

Sesi dagangan berada pada paras kecairan tertinggi ketika dua sesi pasaran bertindihan kerana peserta pasaran forex ketika ini sangat ramai.

Sesi Bertindih Tokyo-London
Kecairan ketika sesi ini agak rendah walaupun dua sesi pasaran bertindih. Ini kerana kebiasaanya tidak terdapat banyak pergerakan ketika sesi Asia.

Sesi ini merupakan waktu ideal untuk memerhatikan trade yang berpotensi untuk sesi London dan New York yang akan dibuka seterusnya.

Sesi Bertindih London-New York

Ini merupakan sesi yang mempunyai kecairan yang sangat tinggi dan juga masa pasaran yang paling sibuk kerana trader-trader dari dua pusat kewangan terbesar (London dan New York) memulakan trade mereka.

Ketika sesi ini, kita akan dapat lihat pergerakan besar pasaran, terutamanya ketika laporan berita daripada U.S dan Kanada diterbitkan. Pasaran juga boleh dipengaruhi oleh berita dari Eropah.

Jika ada trend yang sudah terbentuk ketika sesi Eropah (sesi London), kita akan dapat lihat trend tersebut berterusan kerana trader-trader dari U.S memulakan dagangan dan turut serta mengikuti trend pasaran tersebut selepas meneliti laporan yang dikeluarkan di awal sesi. Ketika pengakhiran sesi ini (ketika tengah hari U.S atau selepas tengah malam waktu Malaysia), sebahagian trader dari Eropah mungkin menutup posisi mereka dan ini boleh membawa kepada pergerakan pasaran tiba-tiba bertukar arah seketika.

Subtopik:
  • Sesi-sesi bertindih

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah