/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Sesi Dagangan

Dalam topik ini, anda akan ketahui bila anda boleh trade forex. Memang benar pasaran forex dibuka 24 jam, tapi ini tidak bermakna ia aktif sepanjang hari.

Anda boleh buat duit ketika pasaran bergerak naik dan juga turun. Tapi anda akan menghadapi kesukaran jika pasaran tidak bergerak langsung!

Akan ada masa yang mana pasaran tidak bergerak langsung. Pelajaran seterusnya akan membantu anda menentukan bila masa yang sesuai untuk trade forex.

Jam Pasaran

Sebelum ketahui masa terbaik untuk trade forex, kita mesti tahu apa sebenarnya maksud 24 jam sehari dalam dunia forex.

Pasaran forex boleh dipecahkan kepada empat sesi dagangan utama iaitu sesi Sydney, sesi Tokyo, sesi London, dan sesi New York. Berikut ialah jadual-jadual waktu buka dan tutup pasaran untuk setiap sesi.

  *Waktu Malaysia = GMT + 8 jam

Anda boleh lihat diantara dua sesi, terdapat tempoh masa yang mana ada dua sesi masih buka pada masa yang sama. Dari pukul 3-4am EDT (Eastern Daylight Time), sesi tokyo dan sesi London bertindih (overlap), dan dari pukul 8am-12pm EDT, sesi London dan sesi New York bertindih.

Kebiasaannya, masa tersebut ialah masa yang paling sibuk untuk pasaran forex kerana kapasiti dagangan yang tinggi ketika dua sesi pasaran masih buka pada masa yang sama.

Jika lihat pada jadual, sesi pasaran berbeza antara summer (musim panas) dan winter (musim sejuk). Ini kerana terdapat perbezaan tempoh waktu siang dan malam untuk kedua-dua musim.

Sekarang kita akan lihat purata pergerakan pip untuk pasangan matawang utama pada setiap sesi dagangan.


Pada jadual di atas anda dapat lihat jumlah pip untuk sesi Europe (London) adalah tertinggi.

Pada subtopik seterusnya kita akan lihat lebih mendalam untuk setiap sesi dagangan dan juga sesi-sesi bertindih.

Subtopik:

  • Sesi Dagangan

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah