Jepun merupakan pusat perdagangan forex ketiga terbesar di dunia. Yen Jepun juga merupakan matawang ketiga yang kerap didagangkan dalam forex.
Jadual berikut ialah julat pip matawang-matawang utama bagi sesi Asia .
Berikut ialah beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang sesi Tokyo (sesi Asia):
- Dagangan forex tidak terhad di Jepun sahaja. Transaksi forex juga berlaku secara besar-besaran di bandar-bandar utama seperti Hong Kong, Singapore dan Sydney.
- Pemain utama pasaran untuk sesi tokyo ialah syarikat komersil (pengexport) dan bank pusat. Ekonomi Jepun sangat bergantung kepada export, dengan China merupakan rakan dagangan.
- Kecairan (liquidity) kadang-kadang boleh menjadi sangat kurang. Dagangan matawang ketika ini boleh menjadi seperti memancing ikan, terpaksa menunggu sangat lama untuk mendapat untung kerana pasaran bergerak perlahan.
- Ketika kecairan pasaran kurang, kebanyakan pergerakan matawang dibatasi oleh satu julat. Ini memberi peluang untuk dagangan masa pendek atau dagangan breakout (jika pasaran melepasi julat berkenaan)
- Pasaran matawang Asia Pasifik seperti AUD/USD and NZD/USD akan bergerak lebih kuat berbanding dengan matawang bukan Asia Pasifik seperti GBP/USD.
- Kebanyakan dagangan berlaku pada awal sesi ketika banyak data ekonomi diterbitkan.
- Pergerakan pasaran pada sesi Tokyo boleh menentukan mood dagangan untuk sepanjang hari. Trader pada sesi-sesi berikutnya (sesi-sesi selepas sesi Tokyo) akan perhatikan apa yang berlaku ketika sesi Tokyo untuk membantu merancang strategi yang diperlukan pada sesi-sesi berikutnya.
- Kebiasaannya, selepas pergerakan besar pada sesi New York terdahulu, anda akan lihat konsolidasi (consolidation) pada sesi Tokyo.
Pasangan Matawang Mana Yang Patut Didagangkan?
Oleh kerana ketika sesi Tokyo, berita dari Australia, New Zealand dan Jepun keluar, ini memberi peluang baik untuk trade berdasarkan berita (trade news events). Selain itu, akan terdapat lebih pergerakan pada pasangan matawang yen kerana banyak matawang yen akan bertukar tangan ketika syarikat-syarikat Jepun mula beroperasi.
Perlu diketahui juga, China merupakan kuasa besar ekonomi, jadi apabila berita diterbitkan dari China, ia cenderung menyebabkan pergerakan pasaran meruap (trend pasaran berubah dengan cepat). Dengan Australia dan Jepun bergantung kepada permintaan export ke China, kita dapat lihat pergerakan besar pada pasangan AUD dan JPY apabila data ekonomi dari China diterbitkan.
Subtopik:
- Sesi Tokyo