/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Analisis Fundamental (Analisis Dasar)

Analisis fundamental ialah salah satu cara untuk melihat pasaran dengan menganalisis ekonomi, sosial, dan pengaruh politik yang memberi kesan kepada bekalan dan permintaan  (supply and demand) terhadap sesuatu aset. Ini kerana bekalan dan permintaanlah yang akan menentukan harga.

Menggunakan konsep bekalan dan permintaan sebagai penunjuk kepada arah pergerakan harga pasaran adalah mudah. Tetapi, yang menjadi kesukaran ialah untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi bekalan dan permintaan.

Dengan kata lain, anda perlu lihat kepada faktor-faktor yang berbeza untuk menilai ekonomi negara mana yang baik dan ekonomi negara mana pula yang teruk. Anda perlu memahami sebab kenapa dan bagaimana sesuatu peristiwa seperti peningkatan kadar pengangguran memberi kesan kepada ekonomi sesuatu negara dan kepada permintaan terhadap matawangnya.

Idea analisis fundamental ini ialah, jika ekonomi sesuatu negara kelihatan baik pada masa sekarang atau masa depan, nilai matawang negara tersebut sepatutnya mengukuh. Ini kerana, apabila ekonomi sesuatu negara itu baik, ia akan menarik perniagaan dengan negara luar dan semakin banyak pelabur akan melabur dalam negara tersebut. Ini membawa kepada keperluan untuk membeli matawang negara tersebut. Jadi matawangnya akan mengukuh.


Contohnya, katakan US dollar sedang mengukuh kerana ekonomi US sedang meningkat. Apabila ekonomi semakin baik, peningkatan kadar faedah (interest rate) diperlukan untuk mengawal pengembangan dan inflasi.

Kadar faedah yang tinggi menjadikan aset-aset kewangan yang berkaitan dengan dollar mendapat permintaan yang tinggi. Untuk memiliki aset-aset ini, pedagang dan pelabur perlu membeli US dollar terlebih dahulu. Kesannya, nilai US dollar akan meningkat.

Dalam topik-topik seterusnya, anda akan pelajari data ekonomi yang mana yang mempengaruhi harga matawang, dan kenapa ia jadi begitu. Anda juga akan tahu bagaimana data jualan runcit memberi gambaran kepada ekonomi.

Secara asasnya, analisis fundamental ialah satu cara untuk menganalisis matawang melalui kekuatan atau kelemahan ekonomi sesuatu negara.

Subtopik:

  • Analisis Fundamental

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah