Setiap trader forex mempunyai pendapat atau penjelasan mereka sendiri terhadap pergerakan pasaran forex. Secara asasnya, pergerakan pasaran menggambarkan apa yang semua trader fikir atau tafsir tentang pasaran. Pemikiran dan pendapat setiap trader, yang mana diterjemahkan dengan posisi beli/jual yang mereka ambil, membantu membentuk keseluruhan sentimen dalam pasaran forex
Masalahnya ialah, sebagai trader, walau sekuat mana rasa anda terhadap sesuatu trade yang anda buat, anda tidak akan boleh menggerakkan pasaran forex mengikut kehendak anda. Walaupun jika anda percaya yang dollar akan menaik (bullish), tetapi semua trader lain percaya ia akan menurun (bearish), tiada apa yang anda boleh lakukan selain melihat pasaran bergerak mengikut tindakan majoriti trader, iaitu menurun.
Sebagai seorang trader forex, anda perlu memberi pertimbangan kepada semua perkara ini. Bergantung kepada anda bagaimana untuk menentukan naik turun pasaran forex dan anda juga yang menentukan bagaimana menggunakan sentimen pasaran dalam strategi anda. Jika anda mengabaikan sentimen pasaran, anda mungkin dan hampir pasti akan mengalami kerugian.
Dapat menentukan sentimen pasaran boleh dijadikan satu alat yang penting untuk membuat keputusan dalam trade anda. Dalam topik-topik seterusnya, anda akan diajar bagaimana menganalisis sentimen pasaran forex dan mengambil faedah darinya.
Subtopik:
- Analisis Sentimental