/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Tiga Jenis Analisis Pasaran

Sekarang kita akan lihat kepada tiga cara bagaimana anda boleh menganalisis dan mendapatkan idea untuk trade dalam pasaran forex. Terdapat tiga jenis analisis asas pasaran:

1. Analisis Teknikal
2. Analisis Fundamental
3. Analisis Sentimental

Ada pihak yang mengatakan analisis teknikal yang paling penting. Pihak yang lain pula kata analisis fundamental yang lebih penting dan ada juga yang mengatakan pasaran bergerak mengikut analisis sentimental. Jadi mana satu yang lebih penting?

Sebenarnya ketiga-tiganya adalah penting dan anda perlu tahu ketiga-tiga jenis analisis ini. Jika salah satu analisis anda daripada ketiga-tiga analisis ini lemah, berkemungkinan besar anda akan mengalami kerugian.

Subtopik:

  • Tiga Jenis Analisis Pasaran

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah