Sebagai ulangkaji, analisis teknikal ialah analisis terhadap pergerakan harga pasaran pada carta sementara analisis fundamental menilai bagaimana keadaan ekonomi sesuatu negara tersebut. Analisis sentimen pasaran menentukan samada pasaran menaik (bullish) atau menurun (bearish) melalui pemerhatian fundamental semasa atau masa depan.
Faktor-faktor fundamental membentuk sentimen, sementara analisis teknikal membantu kita menggambarkan sentimen tersebut dan menggunakannya untuk membuat keputusan dalam trade kita.
Ketiga-tiga analisis saling berkait antara satu sama lain dan membantu anda mendapatkan idea yang baik untuk trade. Semua sejarah pergerakan pasaran dan data-data ekonomi terdapat dalam ketiga-tiga analisis ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah menggabungkannya dengan kemahiran-kemahiran analitik anda yang lain.
Untuk menjadi pakar forex yang sebenar, anda perlu tahu menggunakan ketiga-tiga jenis analisis ini secara efektif.
Contoh berikut menunjukkan apa yang mungkin terjadi jika anda tumpukan hanya pada salah satu jenis analisis.
- Katakan anda melihat pada carta dan anda nampak satu peluang baik untuk trade. Anda kemudian berasa teruja yang duit akan mencurah-curah masuk ke dalam akaun anda. Anda berkata kepada diri anda, "Inilah peluang yang paling sempurna pernah aku tengok untuk trade GBP/USD. Sekarang bagi aku duit yang banyak!"
- Anda kemudian beli GBP/USD dengan senyum lebar.
- Tapi tunggu! Secara tiba-tiba trade tersebut bergerak berlawanan arah sehingga 100pip! Tanpa anda ketahui rupa-rupanya salah satu bank utama di London telah bankrup! Sentimen hampir kesemua trader terhadap pasaran Britain berubah kepada lebih buruk dan mereka trade berlawanan arah!
- Muka senyum lebar anda berubah menjadi ketat dan mula memaki hamun pada analisis carta anda. Anda menghempuk-hempuk komputer anda. Anda telah hilang sebahagian duit, dan sekarang komputer anda pula hancur.
Pengajarannya, jangan bergantung kepada hanya satu jenis analisis. Sebaliknya anda perlu belajar untuk seimbangkan kesemua ketiga-tiga jenis analisis dan hanya selepas itu anda boleh mendapat hasil yang banyak untuk trading anda.
Apa yang akan dipelajari seterusnya?
Dalam bab-bab seterusnya anda akan pelajari tentang dinamik di sebalik pergerakan harga pasaran, seperti support dan resistance (garis sokongan dan garis rintangan), bentuk-bentuk candlestick, dan pola-pola carta yang biasa. Anda akan bereksperimen dengan penunjuk-penunjuk mendahului dan tertinggal (leading and lagging indicators) dan belajar bagaimana untuk menggunakannya untuk mendapatkan idea untuk trade.
Anda juga akan didedahkan dengan cara penggunaan pivot point, divergence, teori Elliott Wave dan pola Gartley.
Seterusnya anda akan diajar untuk menguasai kedua-dua analisis fundamental dan analisis sentimen pasaran dalam masa yang sama.
Alasan kenapa anda perlu belajar analisis fundamental dan analisis sentimen pasaran secara serentak ialah kerana kedua-duanya sangat berkait rapat. Seperti yang diberitahu sebelum ini, faktor-faktor fundamental akan membentuk sentimen terhadap pasaran. Jadi penting untuk pelajari kedua-duanya serentak.
Subtopik:
- Analisis Yang Mana Yang Terbaik?