Teorinya ialah, kita boleh lihat pada pergerakan harga pasaran yang lepas dan dapat menentukan keadaan pasaran sekarang dan seterusnya meramalkan pergerakan pasaran.
Secara teorinya juga, semua maklumat tentang pasaran akan memberi kesan pada harga. Jadi pergerakan harga pasaran adalah apa yang diperlukan untuk trade.
Menurut analisis teknikal, trend pasaran forex cenderung untuk berulang. Jika sesuatu paras harga pernah menjadi "support" atau "resistance", trader akan terus memerhatikan paras ini dan melakukan trade berdasarkan analisis paras-paras ini.
Dalam analisis teknikal, kita akan lihat pola-pola (patterns) berulang yang telah terbentuk pada masa lalu, dan menjadikannya sebagai idea untuk meramal pergerakan harga dengan kepercayaan bahawa harga pasaran kemungkinan tinggi akan bergerak serupa seperti masa lepas.
Dalam dunia trading, apabila disebut saja analisis teknikal, secara automatik ia merujuk kepada analisis carta. Analisis teknikal menggunakan carta kerana ia adalah cara termudah untuk melihat data-data pasaran (pergerakan pasaran) pada masa lalu.
Anda boleh lihat pada data-data pasaran masa lalu untuk membantu mengenalpasti trend dan pola yang mana dapat membantu anda untuk dapat peluang trade yang baik.
Kesemua trader bergantung kepada analisis teknikal. Jadi, pola harga dan isyarat indikator cenderung untuk berulang.
Walaubagaimanapun, anda patut tahu bahawa analisis teknikal sangat subjektif. Ini kerana tidak semua trader memerhatikan pada sela masa (timeframe) carta yang sama dan tidak semua trader menggunakan indikator yang sama dan tidak semua trader mempunyai pendapat yang sama terhadap arah pergerakan pasaran yang akan berlaku seterusnya.
Apa yang penting ialah, anda memmahami konsep analisis teknikal dan mempelajari perkara penting dalam analisis teknikal seperti Fibonacci, pivot point, garisan trend (trend line) dan beberapa indikator penting yang lain.
Subtopik:
- Analisis Teknikal