/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Corak Candlestick Bertiga

Bintang Pagi dan Bintang Malam
Bintang pagi dan bintang malam ialah corak candlestick bertiga yang biasanya dijumpai pada sesuatu hujung trend. Ianya ialah petunjuk pembalikan trend dan boleh dikenalpasti melalui tiga ciri berikut:
  1. Candlestick pertama ialah candlestick menaik jika trend sebelumnya menaik dan sebaliknya.
  2. Candlestick kedua mempunyai badan yang pendek menunjukkan ketidaktentuan pasaran. Candle ini boleh jadi candle menaik atau menurun.
  3. Candlestick ketiga menjadi candle penentuan samada trend akan berpatah balik atau tidak. Jika candle ketiga ini tutup melepasi titik tengah candle pertama, maka trend berkemungkinan akan berpatah balik.
Apabila menggunakannya dalam pasaran forex, pastikan anda mengesahkan pembalikan trend dengan indikator lain seperti garisan trend dan aras sokongan dan rintangan.

Tiga Askar Putih dan Gagak Hitam


Corak tiga askar putih ialah apabila tiga candle menaik yang panjang terbentuk selepas sesuatu trend menurun dan memberi isyarat pembalikan trend sudah berlaku. Corak candlestick ini adalah antara isyarat trend menaik yang terpenting dalam dagangan forex terutamanya jika ia terbentuk selepas trend menurun telah berlanjutan lama dan diikuti dengan trend mendatar.

Candle pertama daripada tiga candle askar putih tersebut dipanggil candle pembalikan trend. Samada ia menamatkan trend menurun atau menunjukkan yang trend mendatar yang berlaku selepas trend menurun telah berakhir.

Corak candlestick tiga askar ini sah jika:
  • Badan candle kedua lebih besar dari badan candle pertama.
  • Harga tutup candle kedua seharusnya hampir dengan harga tingginya iaitu bayang atasnya pendek atau hampir tiada langsung.
  • Saiz candle ketiga mesti sekurang-kurangnya sama dengan saiz candle kedua dan mempunyai bayang yang pendek atau tiada langsung bayang.
Corak tiga gagak hitam pula adalah sebaliknya kepada corak tiga askar putih. Ia terbentuk apabila satu trend menaik yang kuat diikuti oleh tiga candlestick menurun yang memberi isyarat pembalikan trend telah berlaku.

Corak candlestick tiga gagak hitam ini sah jika:
  • Badan candle kedua lebih besar dari badan candle pertama.
  • Harga tutup candle kedua seharusnya hampir dengan harga rendahnya iaitu bayang bawahnya pendek atau hampir tiada langsung.
  • Saiz candle ketiga mesti sekurang-kurangnya sama dengan saiz candle kedua dan mempunyai bayang yang pendek atau tiada langsung bayang.

Tiga Didalam Atas dan Bawah



Corak candlestick tiga didalam atas ialah corak pembalikan trend yang boleh dijumpai pada bawah atau penghujung sesuatu trend menurun. Ia menunjukkan bahawa trend menurun kemungkinan akan tamat dan trend menaik sudah bermula.
Untuk mengenalpasti corak candlestick tiga didalam yang sah, lihat pada ciri-ciri berikut:
  1. Candle pertama sepatutnya berada pada penghujung trend menurun dan candle tersebut ialah candle menurun (legap atau merah) yang panjang.
  2. Candle kedua sekurang-kurangya naik sehingga ke titik tengah candle pertama.
  3. Harga penutup candle ketiga perlu melepasi harga paling tinggi candle pertama untuk pastikan bahawa pembeli telah menguasai pasaran.
Corak ini boleh membantu anda menentukan posisi beli anda dalam pasaran forex.

Corak candlestick tiga didalam bawah ialah sebaliknya kepada corak tiga didalam atas. Corak candlestick didalam bawah dijumpai di atas atau hujung trend menaik. Ia menunjukkan trend menaik kemungkinan sudah tamat dan trend menurun sudah bermula.

Corak candlestick tiga didalam atas mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Candle pertama harus berada pada atas atau hujung sesuatu trend menaik dan candle pertama juga merupakan candle menaik yang panjang.
  2. Candle kedua sekurang-kurangnya turun sehingga ke titik tengah candle pertama.
  3. Harga penutup candle ketiga perlu melepasi harga paling rendah candle pertama untuk pastikan bahawa penjual telah menguasai pasaran.
Corak ini pula boleh membantu anda menentukan posisi jual anda dalam pasaran forex.


Subtopik:
  • Corak Candlestick Bertiga 

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah