/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Corak Candlestick Tunggal



Tukul dan Orang Tergantung (Hammer and Hanging Man)

Corak candlestick tukul dan orang tergantung kelihatan sama tetapi mempunyai maksud yang berbeza bergantung kepada pergerakan harga pasaran sebelumnya. Kedua-duanya mempunyai badan yang kecil (legap atau kosong), bayang bawah yang panjang dan bayang atas yang pendek atau tiada langsung bayang atas.

  
Tukul

Corak candlestick tukul biasanya terbentuk ketika pergerakan pasaran ingin berpatah balik dari menurun kepada menaik.

Ketika harga sedang jatuh, candlestick tukul memberi isyarat harga pasaran sudah sampai di penghujung bawah iaitu trend menurun hampir tamat dan harga akan kembali menaik. Bayang bawah candlestick tukul yang panjang menunjukkan penjual cuba memaksa harga bergerak ke bawah tetapi pembeli dapat mengatasi penjual dan seterusnyamemaksa harga untuk naik dan akhirnya tutup hampir dengan harga buka.

Tetapi harus diingat, tidak bermakna jika anda jumpa candlestick tukul kemudian boleh terus buka posisi beli. Sebaliknya pengesahan yang trend akan menaik diperlukan sebelum selamat untuk anda buka posisi beli.

Contoh cara terbaik untuk membuat pengesahan trend akan menaik selepas jumpa candlestick tukul ialah dengan menunggu satu candlestick kosong (transparen atau hijau) untuk tutup (harga tutup) melepasi harga buka candlestick yang sebelah kiri candlestick tukul (iaitu candlestick sebelum candlestick tukul).

Kriteria Pengecaman:
  • Panjang bayang bawah candlestick adalah lebih kurang dua atau tiga kali ganda lebih panjang daripada badan candlestick.
  • Tiada atau hampir tiada bayang atas.
  • Badan candlestick berada di hujung bahagian atas candlestick.
  • Warna candlestick (samada kosong atau legap) adalah tidak penting.

Orang Tergantung

Corak candlestick orang tergantung biasanya terbentuk ketika pergerakan pasaran ingin berpatah balik dari menaik kepada menurun. Ia juga menunjukkan harga sudah mencecah ke aras rintangan yang kuat. Ketika harga sedang menaik, pembentukan candlestick orang tergantung menunjukkan pembeli sudah melebihi penjual.

Bayang bawah candlestick yang panjang menunjukkan penjual memaksa harga menjadi rendah pada sesi tersebut. Pembeli cuba menaikkan kembali harga tetapi hanya berjaya menaikkannya sehingga hampir pada harga buka sahaja kerana pembeli sudah kekurangan.

Kriteria pengecaman:
  • Panjang bayang bawah candlestick adalah lebih kurang dua atau tiga kali ganda lebih panjang daripada badan candlestick.
  • Tiada atau hampir tiada bayang atas.
  • Badan candlestick berada di hujung bahagian atas candlestick.
  • Warna candlestick (samada kosong atau legap) adalah tidak penting.
Tukul Terbalik dan Tahi Bintang

Corak candlestick tukul terbalik dan Tahi Bintang juga mempunyai bentuk yang sama. Bezanya ialah samada ia terletak ketika trend menaik atau menurun. Kedua-dua candlestick mempunyai badan yang kecil, bayang atas yang panjang dan bayang bawah yang pendek atau tiada bayang bawah.





Tukul Terbalik

Tukul terbalik biasanya dijumpai ketika pergerakan pasaran yang menurun berkemungkinan berpatah balik kepada menaik. Bayang atas candlestick yang panjang menunjukkan pembeli mencuba untuk menaikkan harga dan akhirnya harga tutup hampir dengan harga buka.
Ini menunjukkan penjual sudah berkurangan dan pembeli menjadi pembida utama. Jadi ia boleh menjadi isyarat bahawa harga pasaran akan menaik.

Tahi Bintang

Corak candlestick Tahi Bintang biasanya terbentuk ketika pasaran yang menaik ingin bertukar arah kepada menurun. Candlestick ini menunjukkan pembeli sudah berkurangan dan penjual menguasai pasaran. Candlestick ini boleh menjadi isyarat bahawa pasaran akan berpatah balik dari menaik kepada menurun.

Subtopik:
  • Corak Candlestick Tunggal

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah