/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Corak Candlestick Dwi

Candle Berselubung (Engulfing Candles)

Corak candle berselubung menaik ialah apabila terdapat dua candlestick yang memberikan isyarat bahawa trend menaik yang kuat akan muncul. Ia terjadi apabila wujud satu candlestick menurun (legap atau merah) dan diikuti dengan satu candlestick menaik (kosong atau hijau) yang besar.
Candlestick yang menaik tersebut menyelubungi candlestick yang menurun itu. Ia memberi petunjuk trend pasaran akan berubah dari menurun atau mendatar kepada menaik.

Corak candle berselubung menurun pula ialah apabila terdapat dua candlestick yang memberikan isyarat bahawa trend menurun yang kuat akan muncul. Corak ini terbentuk apabila satu candle menaik (kosong atau hijau) diikuti oleh satu candle menurun (legap atau merah) yang mana candlestick yang menurun tersebut menyelubungi candlestick yang menaik. Ini memberi petunjuk penjual menguasai pasaran dan pasaran boleh bergerak ke bawah dengan pergerakan yang kuat.

Penyepit Bawah dan Atas (Tweezer Bottoms and Tops)


Corak candlestick peyepit boleh dijumpai selepas satu siri trend menaik atau menurun yang telah berlanjutan. Corak ini memberi petunjuk bahawa trend akan berpatah balik dalam masa terdekat.

Perhatikan bagaimana pembentukan candlestick kelihatan seperti sepasang penyepit.



Corak candlestick penyepit yang paling efektif mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • Candle pertama adalah sama seperti trend yang sebelumnya. Jika trend sebelumnya menurun, candle pertama sepatutnya candle menurun (legap atau merah) dan sebaliknya.
  • Candle kedua adalah berlawanan dengan trend yang sebelumnya. Jika trend sebelumnya menurun, candle kedua sepatutnya candle menaik (kosong atau hijau) dan sebaliknya.
  • Bayang kedua-dua candle penyepit tersebut seharusnya sama panjang. Pasangan candle penyepit atas sepatutnya mempunyai harga tinggi yang sama manakala bagi penyepit bawah sepatutnya mempunyai harga rendah yang sama.
Subtopik:
  • Corak Dwi Candlestick


    Sila pilih salah satu topik Forex di bawah