Jika harga tutup melepasi atas harga buka, candlestick kosong (atau berwarna hijau) akan terbentuk.
Jika harga tutup melepasi bawah harga buka, candlestick legap (atau berwarna merah) akan terbentuk.
Badan candlestick ialah bahagian tengah yang berbentuk segi empat tepat iaitu bahagian yang samada kosong atau legap. Badan candlestick dibentuk oleh harga buka dan tutup.
Garisan pada atas dan bawah badan candlestick dipanggil bayang candlestick dan menunjukkan harga tinggi atau rendah.
Hujung bayang atas ialah harga paling tinggi manakala hujung bayang bawah ialah harga paling rendah.
Badan candlestick yang panjang menunjukkan tekanan beli atau jual yang kuat. Lebih panjag badan candlestick, lebih kuat tekanan beli atau jual.
Badan candlestick yang pendek menunjukkan aktiviti beli atau jual yang sedikit. Dalam bahasa forex, lembu (bulls) bermaksud pembeli dan beruang (bears) bermaksud penjual. Selain itu, ‘bullish’ bermaksud trend pasaran menaik dan ‘bearish’ bermaksud trend pasaran menurun.
Terdapat beberapa jenis corak candlestick dan dikategorikan mengikut berapa jumlah palang atau candle yang membentuk corak tersebut. Iaitu corak candle tunggal, dwi, dan bertiga. Antara jenis corak candlestick yang paling biasa dalam forex adalah seperti berikut:
Bilangan Palang/Batang | Bentuk Candlestick |
Tunggal | Gasing, Doji, Marubozu, Tukul Terbalik, Orang Tergantung, Tahi Bintang |
Dwi | Berselubung naik dan turun, Penyepit atas dan bawah |
Bertiga | Bintang pagi dan malam, Tiga gagak hitam dan tiga askar putih, Tiga didalam atas dan bawah |
Untuk rujukan cepat tentang maksud setiap corak candlestick, lihat Rumusan Corak Candlestick.
Gabungkan analisis corak candlestick dengan analisis aras sokongan dan rintangan untuk dapatkan analisis yang lebih baik dalam forex.
Peringatan! Hanya kerana candlestick memberi petunjuk bahawa sesuatu trend akan berterusan atau berpatah balik (pembalikan trend), tak bermaksud ianya pasti akan terjadi! Anda mesti selalu berjaga-jaga dengan keadaan pasaran dan pergerakan harga dalam pasaran forex.
Subtopik:
- Ringkasan: Candlestick Jepun