/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Candlestick Jepun (Japanese Candlestick)

Pada topik sebelum ini anda sudah diperkenalkan kepada carta candlestick dalam forex. Dalam topik ini anda akan diperjelaskan dengan lebih terperinci tentang ciri-ciri candlestick.

Carta candlestick diperkenalkan dalam pasaran saham oleh Steve Nison yang dipelajari dari seorang rakannya yang juga merupakan seorang broker Jepun. Carta candlestick banyak digunapakai dalam analisis pasaran forex.

Gambarajah berikut menerangkan maksud setiap bahagian pada candlestick.






















Dalam forex, candlestick boleh digunakan pada mana-mana sela masa (time frame) samada 1-hari, 1-jam, 30-minit atau sela-sela masa yang lain. Candlestick digunakan untuk menterjemahkan pergerakan harga pada sesuatu sela masa yang dipilih.

Candlestick terbentuk oleh harga buka, tinggi, rendah, dan tutup pada sesuatu sela masa yang dipilih.

Jika harga tutup tinggi dari harga buka, candlestick kosong/transparen (atau berwarna hijau) akan terbentuk.
Jika harga tutup rendah dari harga buka, candlestick berisi/legap (atau berwarna merah) akan terbentuk.

Bahagian yang kosong atau berisi dipanggil badan atau badan sebenar.
Garisan pada atas dan bawah badan dipanggil bayang dan ia menunjukkan harga paling tinggi/rendah mengikut sela masa yang dipilih.

Subtopik:
  • Apakah Candlestick Jepun?

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah