/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Lindungi Diri Anda Sebelum Anda Rosakkan Diri Anda Sendiri

Sebelum kita teruskan ke bab seterusnya, kami ingin 100% jujur dengan anda dan beritahu perkara-perkara berikut sebelum anda mula trade forex:
  1. Kesemua trader forex, kami maksudkan SEMUA trader, RUGI duit dengan forex. 90% trader rugi duit disebabkan oleh kurang perancangan, latihan, dan pengurusan wang yang teruk. Jika anda seorang yang tidak suka rugi atau pun "perfectionist", anda mungkin menghadapi masalah untuk trade forex kerana semua trader pasti akan merasai kerugian.
  2. Forex bukan untuk mereka yang tidak bekerja, mempunyai pendapatan yang rendah, menanggung hutang keliling pinggang atau mereka yang tidak mampu untuk menyara hidup mereka.

Pasaran forex ialah salah satu pasaran yang paling popular dengan spekulasi yang disebabkan oleh saiznya yang besar, kecairan, dan kecenderungan matawang untuk mempunyai trend yang kuat. Namun begitu, hanya peratusan kecil trader yang berjaya.

Masalahnya ialah, banyak trader mempunyai harapan yang tidak betul terhadap forex iaitu untuk buat duit yang sangat banyak, tapi realitinya, mereka kekurangan disiplin. Jika anda tidak boleh disiplin dalam forex, anda tidak akan berjaya dengan forex.

Walaupun forex sukar, tetapi ia menjanjikan pulangan yang sangat lumayan jika anda disiplin dan trade dengan betul.

Dagangan masa pendek (short term trading) bukan untuk amatur, dan ia jarang menjadi jalan untuk menjadi kaya dengan cepat. Anda tidak boleh dapat keuntungan yang besar tanpa mengambil risiko yang besar.

Strategi trading dengan melibatkan risiko yang sangat tinggi membawa kepada prestasi trading yang tidak konsisten dan terpaksa menanggung rugi yang besar. Trader yang buat begini sebenarnya mungkin tiada langsung strategi trading ataupun boleh dikira sebagai berjudi kerana banyak bergantung pada nasib.

Forex BUKAN Skim Cepat Kaya

Trading forex ialah satu KEMAHIRAN dan perlukan MASA untuk belajar.

Trader forex yang mahir boleh dan telah pun buat duit dengan forex. Walaubagaimanapun, seperti pekerjaan yang lain, kejayaan tidak berlaku dalam satu malam. Jika ianya begitu mudah, sudah tentu semua orang yang trade forex sudah menjadi jutawan.

Realitinya ialah, trader yang sudah mahir atau expert dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun pun masih mengalami trade yang rugi.

Sematkan dalam minda anda, TIADA jalan pintas untuk berjaya dalam forex (dalam kerjaya lain pun sama). Ia memerlukan banyak dan banyak LATIHAN dan PENGALAMAN untuk menguasai forex. Tiada cara lain selain bekerja keras,latihan berterusan dan kerajinan.

Berlatihlah dengan akaun demo sehingga anda jumpa kaedah/sistem yang anda faham, selesa dan boleh menjana keuntungan yang konsisten. Apa yang anda perlu selepas itu ialah, disiplin dengan sistem anda itu. Secara asasnya, carilah kaedah/sistem yang sesuai dengan anda!

Subtopik:

  • Lindungi Diri Anda Sebelum Anda Rosakkan Diri Anda Sendiri

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah