Sekarang kita akan lihat beberapa contoh Fibonacci retracement gagal.
Berikut ialah carta sela masa 4-jam GBP/USD.
Pada carta forex diatas anda dapat lihat harga pasangan matawang tersebut sedang turun, jadi anda pun menggunakan Fibonacci untuk menentukan tempat untuk buka posisi jual. Anda mengambil 1.5383 sebagai Puncak dan 1.4799 sebagai Lembah.
Pasaran terus bergerak dan seperti kaku pada aras 50.0%. Dengan mudah anda membuat kesimpulan yang aras Fibo 50.0% ialah aras rintangan yang dinanti.
Anda kemudian membuka posisi jual pada sekitar aras Fibo 50.0%
Lihat seterusnya apa yang terjadi. Pasaran terus bergerak ke atas tanpa menghiraukan aras-aras Fibo! Sudah pasti akan memberi kesan yang serius pada akaun anda jika anda tidak mengamalkan pengurusan risiko yang betul!
Rupa-rupanya Lembah tadi ialah hujung bawah trend menurun tersebut dan pasaran bergerak ke atas melepasi Puncak.
Apa yang boleh dipelajari disini?
Fibonacci retracement memang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk memberikan ramalan yang tepat, tetapi seperti analisis teknikal yang lain, ia tidaklah selalunya tepat. Kita tidak akan dapat tahu jika harga akan berpatah balik mungkin ke aras 38.2% sebelum sambung trend sebelumnya.
Kadang-kadang pasaran mungkin akan cecah aras 50.0% atau 61.8% sebelum berpatah balik dan kadang-kadang pasaran bergerak terus melepasi kesemua aras-aras Fibo seperti tidak menghiraukan aras-aras tersebut.
Ingat, pergerakan pasaran tidak selalunya sambung trend menaiknya selepas cecah aras sokongan atau rintangan sementara, tetapi sebaliknya ia bergerak melepasi Puncak atau Lembah yang baru.
Satu lagi masalah yang biasa timbul dalam menggunakan Fibonacci ialah untuk menentukan yang mana satu Puncak dan Lembah yang perlu digunakan. Ini kerana wujud perbezaan dalam cara melihat carta forex di antara satu trader dengan trader yang lain dan mereka menggunakan sela masa yang berbeza-beza. Jadi sudah tentu penentuan Puncak dan Lembah berbeza-beza mengikut trader.
Walau apa pun, tidak terdapat cara yang betul-betul tepat, terutamanya jika pasaran tidak membentuk trend yang jelas dan kadang-kala ia menjadi satu teka-teki.
Sebab itu anda perlu tajamkan kemahiran anda dan gabungkan Fibonacci dengan analisis yang lain dalam pasaran forex untuk memberikan anda kebarangkalian yang lebih tinggi untuk berjaya.
Dalam pelajaran seterusnya, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk menggunakan Fibonacci bersama-sama dengan bentuk aras sokongan dan rintangan yang lain dan dengan candlestick.
Subtopik:
- Apabila Fibonacci Gagal