Apabila pasaran forex bergerak dalam sesuatu trend menaik atau menurun, trader menggunakan Fibonacci retracement untuk mencari tempat yang sesuai untuk beli atau jual. Cara menggunakan Fibonacci retracement dengan garisan trend ialah dengan perhatikan pada aras Fibonacci yang bersilang dengan garisan trend. Titik persilangan tersebut boleh menjadi kawasan sokongan atau rintangan kepada pasaran seterusnya.
Berikut ialah carta forex AUD/JPY 1-jam. Seperti yang anda boleh lihat, pasaran sedang bergerak dengan trend menaik dan garisan trend dilukis di sepanjang ayun rendah pasaran tersebut. Garisan trend tersebut bertindak sebagai garisan sokongan.
Untuk menggabungkan Fibonacci dan garisan trend tersebut untuk mencari tempat yang sesuai untuk buka posisi beli, tarik Fibonacci retracement dari ayun rendah pada harga 82.61 hingga ke ayun tinggi pada harga 83.84.
Perhatikan bagaimana aras Fibo 50.0% dan 61.8% bersilang dengan garisan trend. Tempat persilangan berpotensi menjadi aras sokongan.
Perhatikan pada pergerakan pasaran seterusnya. Aras Fibo 61.8% menahan pergerakan pasaran dari terus jatuh. Aras tersebut menjadi kawasan sokongan sebelum pasaran bergerak kembali ke atas. Sudah pasti anda dapat untung yang banyak jika buka posisi beli di situ!
Beberapa jam selepas pasaran menyentuh dan melantun pada kawasan persilangan tadi, pasaran terus bergerak ke atas melepasi ayun tinggi Fibo.
Jika anda lihat pasaran bergerak dengan trend menaik, anda harus bersedia untuk membuka posisi beli untuk mendapat untung. Anda boleh menggunakan Fibonacci untuk mencari kawasan yang sesuai untuk membuka posisi beli.
Subtopik:
- Menggabungkan Fibonacci Dengan Garisan Trend