/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Menggabungkan Fibonacci dengan Candlestick

Dalam pelajaran ini, anda akan pelajari bagaimana untuk menggabungkan Fibonacci dengan candlestick Jepun yang telah anda pelajari dalam topik sebelum ini.

Dalam teknik penggabungan Fibonacci dan candlestick ini kita akan lihat pada candlestick yang mempunyai bayang yang panjang. Candle-candle ini memberitahu yang tekanan jual atau beli sudah hampir habis. Candle-candle ini selepas ini akan dipanggil “Fibonacci Candlestick” atau “Fib Stick” kerana kita akan gunakannya dengan Fibonacci.

Contoh berikut ialah carta forex EUR/USD 1-jam.


Pasangan matawang tersebut telah bergerak dalam trend menurun untuk tempoh beberapa minggu sebelumnya dan pergerakan tersebut seperti berhenti seketika. Adakah ada peluang untuk trade dengan trend menurun ini? Kita akan gunakan Fibonacci untuk tentukannya.
Seperti yang anda lihat pada carta, tarik Fibonacci retracement di ayun tinggi pada harga 1.3364 (5 Mac) ke ayun rendah pada harga 1.2523 (7 Mac).



Seterusnya anda dapat lihat pasaran bergerak ke atas sedikit daripada aras sebelumnya.
Pergerakan pasaran berhenti seketika pada aras 50.0% sebelum naik ke aras 61.8% Fibonacci. Tunggu dan lihat samada aras 61.8% mampu menahan pasaran dari terus naik.



Perhatikan pada carta di atas, satu candle Doji dengan kaki (bayang) yang panjang terbentuk pada aras 61.8% Fibo. Candle ini memberi isyarat yang tekanan jual mungkin sudah kehabisan dan pasaran kemungkinan tinggi akan berpatah balik. Lihat pada carta seterusnya.

Jika anda membuka posisi jual selepas candle doji terbentuk, sudah tentu anda dapat untung yang banyak! Selepas doji terbentuk, pasaran terhenti seketika sebelum terus bergerak ke bawah. Perhatikan semua candle-candle merah yang terbentuk. Para penjual telah mengatasi pembeli dan mengawal pasaran. Pasaran terus bergerak ke ayun rendah. Lebih 500 pip ke bawah!


Mengambil kira “Fib Stick” dalam analisa Fibo anda sangat berguna kerana ia boleh memberi isyarat samada aras Fibonacci akan menahan pergerakan pasaran (pasaran bertindak balas ke atas aras Fibonacci).

Jika harga pasaran seperti berhenti pada aras Fibonacci, kemungkinan trader-trader yang lain telah membuka posisi jual/beli pada aras tersebut. Ini seterusnya akan bertindak sebagai pengesahan bahawa terdapat aras rintangan atau sokongan pada kawasan tersebut.

Anda mungkin terfikir samada aras sokongan atau rintangan akan menahan pergerakan pasaran atau tidak. Anda perlu ingat, kita perhatikan zon (julat sekitar aras Fibo) dan bukan nilai spesifik pada aras tersebut. Anda boleh perhatikan bentuk candlestick yang terbentuk untuk membuka posisi jual/beli. Misalnya, anda boleh tunggu Fib Stick untuk terbentuk pada bawah atau atas aras Fib sebagai pengesahan samada anda patut membuka posisi beli/jual.

Jika Fib Stick terbentuk, anda boleh trade pada harga pasaran ketika itu kerana anda telah membuat pengesahan yang pasaran akan bertindak balas pada aras tersebut.


Subtopik:

  • Menggabungkan Fibonacci Dengan Candlestick



Sila pilih salah satu topik Forex di bawah