Ideanya ialah, untuk trend menaik, buka posisi beli selepas pasaran turun (retrace) ke aras sokongan Fibonacci dan untuk trend menurun, buka posisi jual selepas pasaran naik (retrace) ke aras rintangan Fibonacci.
Untuk mencari aras-aras Fibonacci retracement tersebut, anda perlu kenalpasti Puncak dan Lembah yang terbaru. Kemudian, klik pada alat Fibonacci retracement pada platform forex anda (kedudukan alat Fibonacci retracement pada platform bergantung kepada jenis platform).
Untuk trend menurun, klik pada Puncak dan kemudian tarik ke Lembah terbaru.
Untuk trend menaik, klik pada Lembah dan kemudian tarik ke Puncak terbaru.
Sekarang, mari kita lihat contoh penggunaan aras-aras Fibonacci retracement pada pasaran forex.
Trend Menaik
Berikut ialah carta AUD/USD dengan sela masa 1 hari.
Pada carta tersebut, aras-aras Fibonacci retracement diplot dengan cara klik pada Lembah pada .6955 (100%) pada 20 April dan tarik ke Puncak pada .8264 (0%) pada 3 Jun. Secara automatik, aras-aras Fibonacci retracement akan ditunjukkan.
Pada carta tersebut anda dapat perhatikan aras-aras retracement berikut, .7955 (23.6%), .7764 (38.2%), .7609 (50.0%), .7454 (61.8%) dan .7263 (76.4%).
Sekarang, dijangkakan AUD/USD akan turun (retrace) dari Puncak ke salah satu garis sokongan yang terbentuk daripada salah satu aras-aras Fibonacci retracement. Trader forex akan membuka posisi beli pada salah satu daripada aras-aras Fibonacci ketika harga ditarik balik ke bawah (retrace)
Mari kita lihat apa terjadi pada pergerakan pasaran forex AUD/USD selepas harga Puncak tadi.
Harga ditarik balik ke aras 23.6% dan terus turun ke bawah sehingga 38.2%. Kita dapat lihat pasaran menguji aras 38.2% namun tidak dapat melepasi ke bawah aras tersebut. Jadi aras 38.2% adalah aras sokongan yang kuat.
Kemudiannya, selepas beberapa kali menguji aras 38.2%, pasaran terus bergerak ke atas melepasi aras Puncak (0%). Jelas sekali, jika buka posisi beli pada atas aras 38.2% akan dapat memberikan keuntungan.
Trend Menurun
Sekarang kita akan lihat bagaimana nak menggunakan Fibonacci Retracement ketika trend menurun. Berikut ialah carta forex bagi EUR/USD untuk sela masa 4-jam.
Seperti yang anda dapat lihat, Puncak ialah di 1.4195 (100%) pada 26 Januari dan Lembah ialah di 1.3854 (0%) pada 2 Februari. Aras-aras retracement ialah 1.3933 (23.6%), 1.3983 (38.2%), 1.4023 (50.0%), 1.4064 (61.8%) dan 1.4114 (76.4%).
Jangkaan untuk sesuatu trend menurun ialah harga akan naik (retrace) daripada aras Lembah dan akan menghadapi aras rintangan pada salah satu daripada aras-aras Fibonacci. Trader akan membuka posisi jual pada kawasan aras rintangan tersebut.
Mari lihat apa yang jadi seterusnya.
Pasaran menguji aras 38.2% dan kemudian terus naik ke aras 50.0% tetapi tidak dapat melepasi aras tersebut. Pasaran seterusnya jatuh dengan mendadak. Jika anda buka posisi jual pada 50.0% atau 38.2% selepas pasaran retrace, sudah tentu anda dapat untung yang banyak!
Dalam dua contoh yang ditunjukkan, kita lihat harga pasaran terpengaruh dengan aras-aras Fibonacci retracement. Aras-aras tersebut menjadi aras sokongan dan rintangan sementara bagi harga pasaran. Oleh kerana begitu ramai trader forex menggunakan alat Fibonacci ini dan melihat pada aras-aras yang sama, jangkaan sesuatu aras akan menjadi aras sokongan atau rintangan menjadi lebih tepat. Ini kerana mereka membuka posisi beli atau jual pada aras-aras Fibonacci tersebut. Jadi sudah tentu harga pasaran akan bertindak balas pada aras-aras Fibonacci tersebut kerana bilangan posisi jual/beli yang dibuka bertambah.
Tetapi anda perlu ingat, ini adalah pasaran forex dan tiada jangkaan yang 100% tepat! Harga pasaran tidak akan sentiasa bertindak balas pada aras-aras tersebut. Anda perlu menganggap aras-aras tersebut sebagai ‘Kawasan yang Perlu Diperhatikan’ atau kawasan untuk membuka sesuatu posisi beli/jual.
Dalam pelajaran seterusnya, kita akan lihat contoh-contoh aras Fibonacci yang gagal.
Subtopik:
- Fibonacci Retracement