Penggunaan Fibonacci sangat penting dalam analisa forex dan ia tidak seharusnya digunakan secara bersendirian. Fibonacci perlu digunakan dengan gabungan alat-alat analisa teknikal yang lain.
Salah satu cara terbaik menggunakan Fibonacci ialah dengan kenalpasti aras-aras sokongan dan rintangan terlebih dahulu dan lihat jika aras-aras tersebut sejajar dengan aras-aras Fibonacci retracement. Jika aras-aras Fibonacci retracement ada yang sejajar dengan aras sokongan atau rintangan, kebarangkalian untuk harga (pergerakan pasaran) untuk melantun pada aras-aras tersebut adalah lebih tinggi.
Berikut ialah contoh bagaimana anda boleh menggabungkan aras-aras sokongan dan rintangan dengan aras-aras Fibonacci retracement dalam pasaran forex.
Carta USD/CHF dengan sela masa 1-hari.
Seperti yang anda dapat lihat, trend pasaran baru-baru ini ialah menaik. Jadi bila anda harus membuka posisi jual?
Apa yang perlu dibuat ialah tarik Fibonacci retracement dari ayun rendah 1.0131 pada 11 Januari ke ayun tinggi 1.0899 pada 19 Februari. Aras-aras Fibonacci akan dapat dilihat.
Sekarang, kita sudah ada satu rangka kerja untuk meningkatkan kebarangkalian menjumpai entri yang baik.
Lihat pada harga pasaran sebelumnya dan didapati pada harga 1.0510 pernah ada aras rintangan yang baik dan aras tersebut juga sejajar dengan aras Fibo retracement 50.0%. Aras tersebut juga telah dipecahkan/ditembusi, aras rintangan tersebut seterusnya boleh menjadi aras sokongan dan merupakan kawasan yang baik untuk membuka posisi beli.
Lihat pergerakan pasaran seterusnya. Jika anda membuka posisi beli pada aras 50.0% tadi, sudah tentu anda dapat untung yang banyak!
Akan terdapat masa-masa yang mencemaskan terutamanya apabila pasaran menguji aras sokongan buat kali kedua pada 1 April. Pasaran cuba menembusi aras sokongan tersebut tetapi gagal. Sebaliknya pasaran bergerak menembusi ayun tinggi dan meneruskan trend menaik.
Anda boleh menggunakan teknik yang sama untuk trend menurun. Apa yang penting ialah lihat pada paras harga sebelumnya yang pernah menjadi aras sokongan. Aras tersebut boleh menjadi tempat harga melantun.
Kenapa?
Pertama, seperti yang dibincangkan dalam topik-topik sebelum ini, aras-aras sokongan atau rintangan sebelum-sebelumnya akan menjadi kawasan yang bagus untuk beli atau jual kerana trader-trader forex yang lain juga memerhatikan dan menggunakan aras-aras tersebut.
Kedua, oleh kerana kita tahu trader-trader forex juga menggunakan Fibonacci, mereka juga memerhatikan dan menggunakan aras-aras Fibonacci yang sama jadi pasaran berkemungkinan bertindak balas pada aras-aras yang sama yang diperhatikan trader-trader.
Walaupun tiada jaminan 100% yang pasaran forex akan melantun pada aras-aras tersebut, tetapi sekurang-kurangnya anda akan lebih yakin dengan trade anda.
Ingat, trading adalah semuanya tentang kebarangkalian. Jika anda kekal dengan trade-trade yang berkebarangkalian tinggi, peluang anda untuk mendapat untung yang mengatasi kerugian adalah lebih tinggi.
Subtopik:
- Menggabungkan Fibonacci Dengan Aras Sokongan dan Rintangan