Aras-aras Fibonacci Retracement
0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764...
Aras-aras Fibonacci Extension
0, 0.382, 0.618, 1.000, 1.382, 1.618...
Anda tidak perlu untuk tahu bagaimana untuk mendapatkan nombor-nombor tersebut, perisian platform forex anda akan kirakan untuk anda.
Trader forex menggunakan aras-aras Fibonacci retracement sebagai kawasan yang berpotensi untuk menjadi aras sokongan dan rintangan. Oleh kerana banyak trader forex memerhatikan aras yang sama dan membuka atau menutup posisi beli atau jual dengan bergantung pada aras-aras tersebut, aras sokongan dan rintangan yang terbentuk daripada aras Fibonacci retracement menjadi lebih tepat. Iaitu pasaran menampakkan tindak balas apabila sampai pada aras-aras tersebut.
Trader forex menggunakan aras-aras Fibonacci extension sebagai kawasan untuk mengambil untung. Sama juga dengan Fibonacci Retracement, oleh kerana banyak trader forex memerhatikan aras yang sama dan membuka atau menutup posisi beli atau jual dengan bergantung pada aras-aras tersebut, aras sokongan dan rintangan yang terbentuk daripada aras Fibonacci extension menjadi lebih tepat. Iaitu pasaran menampakkan tindak balas apabila sampai pada aras-aras tersebut.
Kebanyakkan perisian platform forex dilengkapi dengan kedua-dua alat Fibonacci retracement dan extension. Untuk menggunakan Fibonacci pada carta forex anda, anda perlu mengenalpasti titik-titik Ayun Tinggi (Swing High) dan Ayun Rendah (Swing Low).
Ayun Tinggi ialah candlestick yang di kedua-dua sebelah kiri dan kanannya terdapat sekuarang-kurangnya dua candlestick yang harga tingginya lebih rendah daripada harga tinggi candlestick tersebut.
Ayun Rendah ialah candlestick yang di kedua-dua sebelah kiri dan kanannya terdapat sekuarang-kurangnya dua candlestick yang harga rendahnya lebih tinggi daripada harga rendah candlestick tersebut.
Dalam topik seterusnya, anda akan diterangkan dengan lebih terperinci berkenaan Fibonacci retracement dan extension dan cara menggunakkannya dalam pasaran forex.
Subtopik:
- Nisbah Fibonacci