Bentuk zigzag berikut adalah dalam keadaan sedang menaik. Apabila pasaran bergerak ke atas dan kemudian berpatah balik (turun), titik tertinggi yang dicapai sebelum berpatah balik dipanggil rintangan (resistance).
Apabila pasaran bergerak ke atas semula (berpatah balik selepas menurun), titik terendah yang dicapai sebelum berpatah balik untuk menaik dipanggil sokongan (support).
Perkara di atas ialah konsep asas kepada aras sokongan dan rintangan yang digunakan secara meluas oleh trader-trader forex.
Memplot (Menandakan) Aras Sokongan dan Rintangan.
Aras sokongan dan rintangan tidak mempunyai nombor yang tetap. Misalnya dalam pasaran forex, anda akan kerap kali melihat sesuatu aras/garis sokongan atau rintangan dipecahkan (pasaran bergerak menembusi aras-aras yang ditandakan tersebut). Kebiasaannya, pasaran (contohnya pasaran forex) hanya menguji aras tersebut dan apabila sampai kepada aras tersebut atau melepasi sedikit, pasaran kemudiannya akan berpatah balik. Ini biasa terjadi kepada aras-aras sokongan dan rintangan yang kukuh. Keadaan ini (iaitu pasaran menguji aras-aras sokongan dan rintangan) boleh dikenalpasti dengan perhatikan bayang candlestick.
Dalam carta forex diatas, Perhatikan bagaimana bayang candlestick menguji aras sokongan 1.4700. Pada masa tersebut, dilihat seolah-olah pasaran forex bergerak memecahkan (menembusi) aras sokongan. Tetapi jika diperhatikan sekali lagi, pasaran hanya menguji aras tersebut.
Jadi bagaimana untuk tahu jika aras sokongan dan rintangan benar-benar telah dipecahkan (ditembusi)?
Tiada jawapan yang tepat untuk persoalan ini. Sesetengah berpendapat aras sokongan atau rintangan benar-benar telah dipecahkan jika candlestick telah tutup pada harga melepasi aras-aras tersebut. Walaubagaimanapun, ia tetap tidak sentiasa terjadi.
Mari lihat semula contoh pasaran forex di atas. Lihat apa yang terjadi selepas harga tutup melepasi aras sokongan 1.4700.
Dalam kes ini, harga telah tutup di bawah aras sokongan 1.4700 tetapi kemudian pasaran bergerak naik semula.
Jika anda telah percaya yang pasaran forex telah memecahkan (breakout) aras sokongan tadi dan kemudian membuka posisi sell untuk pasangan matawang tersebut, tentunya anda akan kerugian!
Perhatikan pada carta forex di atas, anda dapat lihat aras sokongan sebenarnya tidak dipecahkan dan masih menjadi aras sokongan yang sah malah bertambah kukuh (kerana pasaran masih tidak betul-betul bergerak melepasi aras tersebut).
Untuk menapis isyarat pemecahan palsu (false breakout) dalam pasaran forex seperti ini, anda perlu menganggap aras sokongan dan rintangan lebih sebagai satu zon dan tidak menganggapnya sebagai satu nombor yang konkrit (tidak menganggap pasaran akan bertindak balas betul-betul tepat pada aras-aras tersebut).
Satu cara yang dapat membantu untuk mengenalpasti zon-zon ini ialah dengan memplot aras sokongan dan rintangan pada carta garisan (line chats) dan bukan pada carta candlestick. Ini kerana carta garisan hanya menunjukkan harga penutup manakala carta candlestick pula ada menunjukkan harga paling tinggi dan paling rendah.
Harga paling tinggi dan paling rendah ini boleh mengelirukan kerana kerap kali ia hanya menunjukkan reaksi seketika pasaran ataupun lebih kepada reaksi/refleksi mengejut pasaran keatas sesuatu berita, spekulasi atau khabar angin. Tempoh ini juga merupakan tempoh tidak stabil pasaran. Perkara ini kerap berlaku dalam pasaran forex.
Untuk memplot aras sokongan dan rintangan, kita tidak mahu libatkan harga akibat dari refleksi pasaran. Kita hanya mahu pergerakan sebenar pasaran. Oleh sebab itu, kita menggunakan carta garisan kerana kita akan dapat lihat dengan jelas puncak-puncak dan lembah-lembah yang ingin dihubungkan selain dapat juga melihat pergerakan sebenar pasaran forex.
Perkara lain tentang aras sokongan dan rintangan.
- Apabila harga melepasi aras rintangan, aras rintangan tersebut berpotensi untuk menjadi aras sokongan dan apabila harga melepasi aras sokongan, aras sokongan tersebut berpotensi untuk menjadi aras rintangan.
- Lebih kerap harga menguji sesuatu aras sokongan atau rintangan tanpa memecahkannya, lebih kuat/kukuh kawasan/zon sokongan dan rintangan tersebut.
- Apabila sesuatu aras sokongan atau rintangan telah dipecahkan, kekuatan pergerakan pasaran seterusnya bergantung kepada kekuatan aras sokongan atau rintangan yang dipecahkan sebelum itu (aras sokongan atau rintangan dikatakan kuat/kukuh jika ia telah banyak kali menyebabkan pasaran berpatah balik apabila sampai pada aras tersebut, iaitu tidak memecahkannya).
Dengan membuat latihan, anda akan dapat mengenalpasti aras-aras sokongan dan rintangan dalam pasaran forex dengan mudah. Dalam bab/pelajaran seterusnya, kami akan ajar anda bagaimana untuk trade garisan sokongan dan rintangan pepenjuru (diagonal) ataupun lebih dikenali sebagai garisan trend (trend lines) dalam forex.
Subtopik:
- Sokongan dan Rintangan (Support & Resistance)