Tiga (3) jenis carta yang paling popular dalam forex:
i) Carta garis (line chart)
ii) Carta palang (bar chart)
iii) Carta lilin (candlestick chart)
Sekarang, kami akan terangkan carta-carta yang biasa digunakan dalam pasaran forex seperti diatas.
Carta Garis (Line Charts)
Dalam carta garis forex, satu garisan menghubungkan harga penutup pasaran forex pada sesuatu masa dengan harga penutup pada masa seterusnya. Apabila semua harga penutup pasaran forex ini dihubungkan, ia akan membentuk satu garisan yang bersambung dimana membolehkan kita untuk melihat pergerakan harga sesuatu pasangan matawang dalam pasaran forex.
Contoh, carta garis untuk pasaran forex EUR/USD:
Carta Palang (Bar Charts)
Carta palang lebih kompleks. Ia menunjukkan harga buka dan tutup dan juga harga tinggi dan rendah dalam pasaran forex.
Bahagian bawah paling hujung pada carta palang menunjukkan harga terendah manakala bahagian atas paling hujung menunjukkan harga tertinggi yang didagangkan dalam pasaran forex ketika itu.
Senggat pada sebelah kiri carta palang menunjukkan harga buka manakala senggat sebelah kanan menunjukkan harga tutup pasaran forex pada ketika itu.
Berikut ialah satu contoh carta palang dalam pasaran forex untuk EUR/USD:
Carta palang juga dirujuk sebagai carta “OHLC” (open,high,low, close) kerana ia menunjukkan harga buka,tinggi,rendah dan tutup untuk sesuatu pasangan matawang dalam pasaran forex.
Berikut ialah contoh bentuk carta palang:
Harga Buka: Garis senggat sebelah kiri
Harga Tinggi: Hujung atas
Harga Rendah: Hujung bawah
Harga Tutup: Garis senggat sebelah kanan
Carta Lilin (Candlesticks Charts)
Carta candlestick menunjukkan maklumat yang sama seperti carta palang dalam pasaran forex, tetapi dalam bentuk grafik yang lebih mudah difahami.
Carta candlestick juga menunjukkan julat tinggi-rendah pada bahagian/blok menegaknya.
Pada carta candlestick, blok (atau badan) pada bahagian tengah menunjukkan julat antara harga buka dan tutup sesuatu pasangan matawang dalam pasaran forex.
Secara amnya,dalam forex, jika blok/badan candlestick kosong (hollow) atau tidak berwarna (atau di isi warna hijau), ia menunjukkan harga pasangan matawang tersebut tutup lebih tinggi berbanding harga buka. Begitu jugalah sebaliknya, jika blok/badan candlestick tidak kosong atau berwarna (atau di isi warna merah), ia menunjukkan harga pasangan matawang tersebut tutup lebih rendah berbanding harga buka.
Dalam contoh berikut, kita akan menggunakan candlestick berwarna hijau dan merah. Di bawah ditunjukkan contoh-contoh candlestick bagi kedua-dua keadaan, harga tutup lebih tinggi dari harga buka (hijau) dan harga tutup lebih rendah dari harga buka (merah)
Atau
Berikut adalah contoh carta candlestick bagi EUR/USD dalam pasaran forex.
Tujuan menggunakan carta candlestick ialah untuk memudahkan analisis pasaran forex kerana carta candlestick menunjukkan cukup infomasi yang diperlukan selain ia menunjukkan trend pasaran forex pada sesuatu sela masa.
Subtopik:
- Jenis-Jenis Carta