/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Corak Asas Candlestick

Gasing (Spinning Tops)

Dalam pasaran saham seperti pasaran forex, candlestick dengan bayang atas dan bawah yang panjang dan badan yang pendek dipanggil gasing. Warna badan tidak penting.

Corak ini menunjukkan pembeli dan penjual (buyers and sellers) tidak dapat membuat keputusan.



Badan candlestick yang kecil menunjukkan pergerakan yang sedikit antara harga buka dan tutup. Bayang atas dan bawah pula menunjukkan kedua-dua pembeli dan penjual sedang berlawanan untuk menentukan pergerakan pasaran seterusnya iaitu menaik atau menurun.

Walaupun sesi dibuka dan ditutup pada harga yang tidak jauh beza, harga bergerak jauh ke atas dan ke bawah (dapat diperhatikan melalui bayang candlestick) pada masa diantara masa pembukaan dan penutup bagi candle tersebut.

Aplikasi/kegunaan dalam pasaran forex:

-    Jika corak gasing ini terbentuk ketika pasaran forex sedang menaik, ini biasanya memberi maksud pembeli matawang tersebut sudah berkurangan dan kemungkinan pasaran akan berpatah balik (reversal) kepada menurun.
-    Jika corak gasing ini terbentuk ketika pasaran forex sedang menurun, ini biasanya menunjukkan penjual matawang tersebut sudah berkurangan dan kemungkinan pasaran akan berpatah balik kepada menaik.

Marubozu

Candlestick Marubozu ialah candlestick yang tiada bayang iaitu tiada bayang atas atau bawah. Hanya badan sahaja yang ada.

Aplikasi/kegunaan dalam pasaran forex (atau saham):


-    Untuk candle Marubozu putih (atau transparen atau berwarna hijau), harga tinggi sama dengan harga penutup dan harga rendah sama dengan harga pembukaan. Ia menunjukkan pembeli mengawal harga pasaran dan ia biasanya menjadi candle pertama yang menunjukkan pasaran akan terus menaik atau candle pertama selepas pasaran bertukar arah dari menurun kepada menaik.

-    Untuk candle Marubozu hitam (atau berwarna merah), harga tinggi sama dengan harga pembukaan dan harga rendah sama dengan harga penutup. . Ia menunjukkan penjual mengawal harga pasaran dan ia biasanya menjadi candle pertama yang menunjukkan pasaran akan terus menurun atau candle pertama selepas pasaran bertukar arah dari menaik kepada menurun.


Doji

Candlestik Doji mempunyai harga buka dan tutup yang sama ataupu lebih kurang sama atau dengan kata lain mempunyai badan yang sangat-sangat pendek seperti satu garisan/senggat.
Candle Doji menunjukkan pembeli dan penjual berkerja keras untuk menentukan pergerakan pasaran. Bagaimanapun kedua-dua pembeli dan penjual tidak dapat mengawal pergerakan pasaran akhirnya.
Harga bergerak melepasi atas dan bawah harga buka dan kemudian tutup pada atau hampir dengan harga buka.

Terdapat empat jenis candlestick Doji yang mana mempunyai panjang bayang atas dan bawah yang berbeza-beza.


Aplikasi dalam pasaran forex.

Apabila Doji terbentuk dalam carta forex, perhatikan candlestick yang seterusnya.
Jika sesuatu Doji terbentuk selepas satu siri candlestick dengan badan kosong (transparen atau hijau) yang panjang (seperti Marubozu) ketika pasaran menaik, Doji tersebut memberi isyarat yang pembeli menjadi lemah. Pasaran forex berkemungkinan untuk berpatah balik menurun.

 

Jika sesuatu Doji terbentuk selepas satu siri candlestick dengan badan berisi/legap (atau berwarna merah) yang panjang (seperti Marubozu) ketika pasaran menurun, Doji tersebut memberi isyarat yang penjual menjadi lemah. Pasaran forex berkemungkinan untuk berpatah balik menaik.



Corak-corak candlestick di atas boleh digunakan dalam pasaran forex sebagai satu isyarat atau indikator untuk membuka posisi beli atau jual. Walaubagaimanapun harus diingat, anda tidak boleh bergantung kepada corak candlestick semata-mata untuk membuka sesuatu posisi jual atau beli. Teknik analisa-analisa lain seperti garisan trend boleh digunakan bersama-sama dengan corak candlestick untuk menentukan pergerakan pasaran seterusnya.

Subtopik:
  • Corak Asas Candlestick

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah