/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Bagaimana Buat Duit Dengan Forex

Dalam forex, anda menjual atau membeli matawang. Melakukan trade dalam forex adalah mudah dan ianya sama seperti trade dalam pasaran lain (seperti pasaran saham).

Objektif dagangan forex ialah untuk menukar satu matawang dengan matawang yang lain dengan jangkaan harga tukaran matawang akan berubah iaitu matawang yang anda beli akan naik nilainya berbanding matawang yang anda jual.

Contohnya:

Anda membeli 10,000 Euros menggunakan matawang USD (iaitu jual USD, beli Euro) dengan kadar tukaran EUR/USD 1.1800.
Jadi kos anda untuk membeli €10,000 ialah US$11,800
(€10,000 x 1.1800 = US$11,800)

Dua minggu kemudian kadar tukaran EUR/USD berubah kepada 1.2500 dan anda membuat keputusan untuk tukarkan duit Euro yang anda beli tadi kepada USD semula (iaitu jual Euro, beli USD).
Pengiraanya ialah: €10,000 x 1.2500 = US$12,500

Pengiraan untung = US$12,500 - US$11,800 = US$700

Jadi selepas dua minggu, untung adalah sebanyak US$700

Kadar tukaran matawang ialah nisbah nilai satu matawang kepada matawang yang lain. Contohnya, kadar tukaran USD/CHF menunjukkan berapa banyak USD boleh beli 1 Swiss franc, atau berapa Swiss franc yang diperlukan untuk membeli 1 USD


Bagaimana Membaca Sebut Harga (Quote) Forex

Matawang sentiasa di sebut harga dalam pasangan seperti GBP/USD atau USD/JPY. Sebabnya ialah kerana dalam setiap tukaran matawang, anda secara serentak membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain.

Lihat contoh berikut, kadar tukaran pound British terhadap USD:

*Base currency = Matawang asas
*Quote currency = Matawang yang disebut harga terhadap matawang asas

Matawang disebelah kiri simbol slash ("/") ialah "base currency" (British pound, dalam contoh ini), manakala yang sebelah kanan ialah "counter" atau "quote currency" (USD, dalam contoh ini).

Apabila membeli matawang, kadar tukaran menunjukkan berapa yang anda kena bayar dalam unit "quote currency" untuk membeli satu unit "base currency". Dalam contoh diatas, anda perlu membayar 1.51258 USD untuk membeli 1 British pound.

Apabila menjual matawang, kadar tukaran menunjukkan berapa unit "quote currency" yang anda dapat bila anda menjual satu unit "base currency". Dalam contoh diatas, anda akan dapat 1.51258 USD bila anda menjual 1 British pound.

"Base currency" (matawang asas) ialah asas kepada jual dan beli matawang. Jika anda beli EUR/USD, maksudnya ialah anda membeli "base currency" dan secara serentak menjual "quote currency". Dalam bahasa lainnya, beli EUR, jual USD.

Sesuatu pasangan matawang akan dibeli jika nilai "base currency" nya dijangka naik berbanding dengan "qoute currency" nya.
Sebaliknya, sesuatu pasangan matawang akan dijual jika nilai "base currency" nya dijangka jatuh berbanding dengan "quote currency" nya.

Long/Short

Mula-mula, anda harus membuat keputusan samada ingin membeli atau menjual.

Jika anda ingin membeli (beli base currency, jual quote currency), anda ingin nilai base currency meningkat naik dan anda akan jualnya semula pada harga yang lebih tinggi. Istilah yang digunakan ialah "going long" atau mengambil posisi "long". Jadi, ingat: long=beli.

Jika anda ingin menjual (jual base currency, beli quote currency), anda ingin nilai base currency jatuh dan anda akan membelinya semula pada harga yang rendah. Ini dipanggil "going short" atau mengambil posisi "short". Anda perlu ingat: short=jual.

Bid/Ask


Semua sebut harga forex, disebut dengan dua harga, iaitu bid dan ask. Harga bid adalah lebih rendah dari harga ask.

Bid ialah harga yang mana broker akan beli base currency untuk ditukarkan kepada quote currency. Ini bermaksud, bid ialah harga terbaik yang ada (yang ditawarkan broker) yang mana anda sebagai trader akan jual kepada pasaran.

Ask ialah harga yang mana broker akan jual base currecy untuk ditukarkan kepada quote currency. Maksudnya, ask ialah harga terbaik yang ada yang mana anda akan beli dari pasaran. Perkataan lain untuk ask ialah harga tawaran.

Beza antara harga bid dan ask dipanggil spread. Spread merupakan kos transaksi yang dibayar kepada broker.

Pada sebut harga EUR/USD diatas, harga bid ialah 1.34568 dan harga ask ialah 1.34588. Jika anda ingin jual EUR, klik "Sell" dan anda akan jual euros pada 1.34568 seunit. Jika anda ingin beli EUR, klik "Buy" dan anda akan beli euros pada 1.34588 seunit.

Subtopik:

  • Bagaimana Buat Duit Dengan Forex

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah