Matawang Major dan Minor (Major and Minor Currencies)
Lapan matawang yang paling kerap didagangkan dalam forex (iaitu USD, EUR, JPY, GBP, CHF, CAD, NZD, dan AUD) dipanggil matawang major atau "the majors". Matawang-matawang ini ialah yang paling tinggi kecairan. Matawang-matawang selain dari matawang major dipanggil matawang minor.
Matawang Asas (Base Currency)
Matawang asas ialah matawang yang pertama disebut dalam mana-mana pasangan matawang. Sebut harga matawang menunjukkan berapa nilai matawang asas berbanding dengan matawang kedua. Contohnya, jika kadar tukaran USD/CHF ialah 1.6350, maka 1 usd bernilai 1.6350 CHF.
Dalam pasaran forex, US dollar biasanya dianggap sebagai matawang asas untuk sebut harga kecuali pasangan matawang yang melibatkan GBP, EUR, AUD dan NZD.
Matawang Quote (Quote Currency)
Matawang quote ialah matawang yang kedua dalam sebut harga pasangan matawang. Matawang ini juga dipanggil matawang pip (pip currency) dan sebarang untung dan rugi disebut dalam harga quote currency. Contohnya dalam sebut harga GBP/USD, USD ialah quote currency.
Pip
Pip ialah unit terkecil harga untuk sebarang matawang. Hampir semua pasangan matawang mengandungi lima digit penting dan mempunyai titik perpuluhan selepas digit pertama, contohnya EUR/USD 1.2538. Dalam contoh ini, 1 pip ialah perubahan terkecil pada nombor titik perpuluhan keempat iaitu 0.0001. Jadi, jika quote currency (matawang yang kedua disebut) untuk sebarang pasangan matawang ialah USD, maka 1 pip bersamaan dengan 1/100 cent USD.
Tetapi bagi matawang yang melibatkan yen Jepun, 1 pip ialah 0.01.
Pipette
Pipette ialah 1/10 daripada pip. Sesetengah broker forex menyebut harga pecahan pip, atau pipette ini untuk mendapatkan nilai kadar tukaran matawang yang lebih tepat. Contohnya, jika EUR/USD bergerak dari 1.32156 kepada 1.32158, ia bergerak 2 pipette (1.32158-1.32156=0.00002).
Harga Bid (Bid Price)
Bid ialah harga yang mana pasaran bersedia untuk beli sesuatu pasangan matawang dalam pasaran forex. Trader akan jual matawang asas (base currency) pada harga bid ini. Harga bid ditunjukkan pada sebelah kiri dalam sebut harga sesuatu matawang.
Contohnya, sebut harga GBP/USD 1.8812/15, harga bid ialah 1.8812. Ini bermakna anda menjual 1 British Pound (GBP) pada harga 1.8812 US dollar.
Harga Ask/Tawaran (Ask/Offer Price)
Harga ask/offer ialah harga yang mana pasaran bersedia untuk jual sesuatu pasangan matawang dalam pasaran forex. Anda beli matawang asas (base currency) pada harga ini. Harga ask ditunjukkan pada sebelah kanan dalam sebut harga sesuatu matawang.
Contohnya, dalam sebut harga EUR/USD ialah 1.2812/15, harga ask ialah 1.2815. Maksudnya anda beli 1 euro pada harga 1.2815 US dollar.
Bid/Ask Spread
Spread ialah beza antara harga bid dan ask. Spread ialah kos transaksi atau untung yang diambil oleh broker forex. Contohnya sebut harga USD/JPY ialah 118.30/118.34. Spread ialah 4-pip.
Sebut Harga
Kadar tukaran (sebut harga) dalam pasaran forex dinyatakan dalam format berikut:
Base Currency / Quote Currency = Bid / Ask.
Kos Transaksi
Kos transaksi dalam forex iaitu caj yang dikenakan oleh broker ialah spread bid/ask. Contohnya jika kadar tukaran EUR/USD ialah 1.2812/15, kos transaksi ialah 3 pip.
Formula untuk mengira kos transaksi:
Kos transaksi (spread) = Harga Ask - Harga Bid.
Matawang bersilang (Cross Currency)
Matawang bersilang ialah pasangan matawang yang tidak mengandungi USD (contohnya EUR/GBP dan GBP/JPY). Jika anda trade pasangan matawang bersilang, secara serentak anda akan memulakan dua trade USD. Contohnya jika anda beli EUR/GBP, ia bersamaan dengan beli EUR/USD dan jual GBP/USD secara serentak. Kos transaksi bagi pasangan matawang bersilang biasanya lebih tinggi.
Margin
Apabila anda membuka satu akaun dengan broker forex, anda mesti mendepositkan satu amaun minimum yang ditetapkan oleh broker forex tersebut. Amaun minimum berbeza dari satu broker ke broker forex yang lain dan boleh jadi serendah $100 hingga setinggi $100,000.
Setiap kali anda memulakan trade, peratusan tertentu daripada baki akaun anda akan dipegang terlebih dahulu oleh broker forex sebagai margin permulaan (deposit) untuk trade tersebut dan jumlahnya bergantung kepada pasangan matawang yang anda trade, harganya ketika itu dan jumlah unit (atau lot) yang anda trade. Saiz lot sentiasa dirujuk kepada base currency (matawang asas).
Sebagai contoh, katakan anda buka akaun mini dengan leverage 200:1 atau margin 0.5%. Akaun mini akan trade menggunakan lot mini. Katakan satu lot mini bersamaan dengan $10,000. Sekiranya anda ingin buka posisi 1 lot mini, anda tidak perlukan $10,000 dalam akaun anda, sebaliknya hanya perlukan $50 ($10,000 x 0.5% = $50)
Leverage
Leverage ialah nisbah amaun modal yang digunakan dalam transaksi terhadap margin (deposit). Leverage membolehkan anda mengawal jumlah wang yang besar dengan modal yang kecil. Leverage berbeza-beza bergantung kepada broker forex anda. Nisbah leverage boleh jadi 2:1 atau sehingga 500:1 bergantung kepada broker.
Subtopik:
- Istilah-Istilah Dalam Forex (Forex Lingo)