Jenis order yang boleh digunakan juga bergantung kepada broker forex yang anda pilih. Broker-broker forex mungkin menerima jenis-jenis order yang berbeza-beza. Tetapi, ada order yang asas yang boleh digunakan untuk semua broker forex.
Order-Order Asas
Market Order
Market order ialah order untuk beli atau jual pada harga terbaik yang ada ketika itu.
Sebagai contoh, harga bid untuk EUR/USD ialah 1.2140 dan harga ask ialah 1.2142. Jika anda ingin beli EUR/USD, ia akan dijual pada harga ask iaitu 1.2142. Anda klik beli dan trading platform (software yang digunakan untuk trade forex) anda akan terus melaksanakan order beli pada harga tersebut.
Limit Entry Order
Limit entry order (atau limit order) ialah order yang dibuat untuk beli pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran atau jual pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran pada ketika itu.
Contohnya, kadar EUR/USD ialah 1.2050. Anda ingin jual bila harga menjadi 1.2070. Samada anda tunggu depan skrin komputer sehingga harga mencecah harga tersebut kemudian klik sell (jual), ataupun anda boleh set limit entry order pada harga 1.2070.
Jika harga mencecah 1.2070, trading platform anda secara automatik akan melaksanakan order jual pada harga yang terbaik yang ada pada ketika itu.
Entry order jenis ini digunakan apabila anda percaya harga pasaran akan berpatah balik apabila ia mencecah harga yang anda tetapkan.
Stop-Entry Order
Stop-entry order ialah order yang dibuat untuk beli pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran atau jual pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran pada ketika itu.
Contohnya, kadar GBP/USD ialah 1.5050 dan ia bergerak ke atas. Anda percaya harga akan terus naik jika ia cecah 1.5060. Anda boleh duduk depan skrin dan tunggu sehingga harga cecah 1.5060 kemudian klik buy (beli) atau anda boleh set stop-entry order pada 1.5060. Apabila harga mencecah 1.5060, trading platform secara automatik akan melaksanakan order tersebut.
Stop-entry order digunakan jika anda rasa harga akan bergerak dalam satu arah.
Stop-Loss Order
Stop-loss order ialah order untuk mengelakkan kerugian tambahan pada sesuatu posisi trade anda jika harga pasaran bergerak berlawanan arah dari yang anda jangkakan.
Contohnya, anda buka posisi beli (buy) EUR/USD pada 1.2230. Untuk mengehadkan kerugian, anda letakkan stop-loss order pada 1.2200 (-30pip). Jika pasaran bergerak sebaliknya dari yang anda jangkakan iaitu menurun (bearish) sehingga mencecah 1.2200, trading platform anda akan secara automotik tutup posisi buy anda tadi.
Stop-loss adalah sangat penting jika anda ingin mengelakkan kerugian melampau atau mengurangkan kerisauan yang anda mungkin akan kerugian yang banyak.
Trailing Stop
Trailing stop ialah sejenis stop-loss order yang sentiasa bergerak apabila pasaran bergerak. Tujuan trailing stop ialah untuk meminimakan kerugian dan memaksimumkan keuntungan.
Katakan anda jual (sell) USD/JPY pada kadar 90.80, kemudian anda setkan trailing stop 20 pip. Ini bermaksud, stop loss anda pada mulanya ialah pada 91.00. Jika harga turun lagi sehingga 90.60 (turun 20 pip), stop loss anda akan juga akan bergerak turun kepada 90.80 (turun 20 pip).
Dengan kata lain, dalam contoh ini, stop loss akan bergerak 20 pip kebawah sekiranya harga pasaran telah turun lagi 20 pip.
Tetapi jika harga menaik (untuk posisi sell anda ini), stop loss tidak akan bergerak. Berbalik kepada contoh tadi, dengan trailing stop 20 pip, jika USD/JPY cecah 90.60, kemudian stop loss anda akan bergerak turun kepada 90.80. Tetapi jika kemudian harga tiba-tiba naik kepada 90.70, stop-loss anda akan tetap pada 90.80 (trailing stop tidak akan bergerak jika pasaran bergerak berlawanan arah)
Posisi trade anda akan kekal buka atau tidak ditutup selagi pasaran tidak bergerak berlawanan arah sebanyak 20 pip atau lebih. Jika harga pasaran cecah pada trailing stop, stop-loss order akan dilaksanakan dan posisi anda akan ditutup.
Order-Order Yang Lain
Good 'Till Cancelled (GTC)
Order GTC akan kekal aktif dalam pasaran sehingga anda batalkannya. Broker forex anda tidak akan batalkan order tersebut. Jadi menjadi tanggungjawab anda untuk mengingati yang anda telah buat order tersebut.
Good for the Day (GFD)
Orde GFD akan kekal aktif sehingga pasaran ditutup pada hari itu. Oleh kerana pasaran forex dibuka 24 jam, kebiasaanya waktu pasaran ditutup pada sesuatu hari dirujuk kepada penutupan pasaran US iaitu pada pukul 5pm EST (6 pagi waktu Malaysia). Anda juga harus pastikan dengan broker forex anda.
One-Cancels-the-Other (OCO)
Order OCO ialah gabungan dua entry dan/atau stop-loss order. Dua order dengan harga dan durasi yang berbeza diletakkan pada atas dan bawah harga pasaran pada ketika itu. Apabila salah satu order dilaksanakan, satu order lagi akan dibatalkan.
Contohnya, harga EUR/USD ialah 1.2040. Kemudian anda membuat keputusan untuk beli jika harga bergerak dari 1.2040 ke 1.2095 dan jual jika harga jatuh dari 1.2040 ke 1.1985. Kemudian anda setkan OCO untuk kedua-dua posisi ini. Jika harga bergerak dari 1.2040 ke 1.2095, order buy akan dilaksanakan dan order sell akan dibatalkan. Sebaliknya jika ia bergerak dari 1.2040 ke 1.1985, order sell akan dilaksanakan dan order buy akan dibatalkan.
One-Triggers-the-Other (OTO)
Order OTO ialah order yang bertentangan dengan OCO. Dalam order OTO, jika satu order dilaksanakan, order yang lain (yang anda set sekali dengan OTO) akan turut dilaksanakan.
Contohnya, kadar USD/CHF pada ketika ini ialah 1.2000 dan dalam trend menaik. Anda percaya (berdasarkan analisis) apabila harga mencecah 1.2100, ia akan berpatah balik dan terus turun ke 1.1900. Katakan anda tidak mempunyai masa untuk duduk depan skrin menunggu harga pasaran sampai kepada yang anda jangkakan, anda boleh menggunakan OTO.
Caranya, anda setkan satu sell limit (had untuk jual) pada harga 1.2000 dan pada masa yang sama, anda setkan satu buy limit (had untuk beli) pada 1.1900. Jadi jika harga bergerak seperti yang anda jangkakan, sell order akan dilaksanakan jika harga mencecah 1.2000 semula selepas ia naik kepada 1.2100 dan secara automatik buy order juga akan diset pada harga 1.1900. Anda juga harus letakkan stop-loss pada 1.2100 sekiranya pasaran turun sedikit melepasi 1.2000 (sell limit dah dilaksanakan ketika ini) kemudian naik semula.
Oleh kerana ia adalah order OTO, kedua-dua sell limit dan buy limit order anda tadi akan disetkan sekiranya sell limit anda pada 1.2000 tadi dilaksanakan.
Kesimpulan
Jenis-jenis order yang asas (market, limit entry, stop-entry, stop loss, and trailing stop) ialah yang paling diperlukan trader.
Pastikan anda betul-betul faham dan selesa dengan jenis-jenis order yang ditawarkan broker forex anda sebelum membuat sesuatu trade.
Anda juga harus pastikan dengan broker forex anda maklumat sepesifik untuk jenis order yang ditawarkan dan kos rollover sekiranya sesuatu posisi tidak ditutup lebih dari satu hari. Dengan memastikan cara anda order semudah (sesimple) yang mungkin adalah strategi terbaik.
Jangan trade dengan wang sebenar (trade dengan akaun demo) sehingga anda betul-betul selesa dengan trading platform yang anda gunakan dan sistem order nya.
Subtopik:
- Jenis-Jenis Order