Apakah Pip dan Pipette Dalam Forex?
Dalam forex, unit pengukuran untuk perubahan nilai diantara dua matawang dipanggil "pip". Jika EUR/USD berubah daripada 1.2250 kepada 1.2251, ia dikira sebagai 1 pip (1.2251 - 1.2250 = 0.0001). Pip ialah nombor perpuluhan terakhir (nombor perpuluhan keempat) dalam sebut harga matawang standard yang mana ia menggunakan empat tempat perpuluhan dan tidak melibatkan yen Jepun.
Jika pasangan matawang tersebut melibatkan yen, maka sebut harga matawang standard akan menggunakan sistem dua tempat perpuluhan dan pip dikira bermula pada nombor perpuluhan kedua (terakhir). Sebagai contoh, jika GBP/JPY berubah daripada 134.27 kepada 134.28, ia dikira sebagai 1 pip (134.28 - 134.27 = 0.01).
PENTING: Terdapat broker forex yang menyebut harga pasangan matawang secara tidak standard iaitu daripada 4 dan 2 titik perpuluhan menjadi 5 dan 3 titik perpuluhan. Nombor perpuluhan ke-5 atau ke-3 (untuk matawang yang melibatkan yen) ialah pecahan pip yang dipanggil pipettes. Contohnya, jika GBP/USD bergerak daripada 1.51542 kepada 1.51543, ia bergerak 1 pipette (1.51543 - 1.51542 = 0.00001). Jika melibatkan yen, contohnya, GBP/JPY berubah daripada 134.567 kepada 134.568, ia bergerak 1 pipette (134.568 - 134.567 = 0.001).
Dalam forex, nilai 1 pip untuk setiap pasangan matawang adalah berbeza-beza dan adalah perlu untuk mengira nilai 1 pip untuk pasangan matawang yang akan kita trade dalam forex. Dalam contoh pengiraan pip yang berikut, kita akan guna sebut harga standard dengan 4 tempat perpuluhan untuk mengira nilai 1 pip.
Untuk pasangan matawang forex yang mana USD disebut dahulu, pengiraan adalah seperti berikut:
1. USD/CHF pada 1.5250
Nilai pip = 0.0001 bahagi dengan kadar tukaran
= 0.0001 / 1.5250
= USD 0.0000655
2. USD/CAD pada 1.4890
Nilai pip = 0.0001 bahagi dengan kadar tukaran
= 0.0001 / 1.4890
= USD 0.00006715
3. USD/JPY pada 119.80
Perhatikan, pasangan matawang ini hanya ada dua titik perpuluhan kerana melibatkan yen. Dalam kes ini, 1 pip ialah 0.01.
Nilai pip = 0.01 bahagi dengan kadar tukaran
= 0.01 / 119.80
= USD 0.0000834
Untuk pasangan matawang forex yang mana USD tida disebut dahulu, untuk dapatkan nilai 1 pip dalam unit USD, kita perlu tambah lagi satu langkah pengiraan.
1. EUR/USD pada 1.2200
Nilai pip = 0.0001 bahagi dengan kadar tukaran
= 0.0001 / 1.2200
= EUR 0.00008196
Untuk tukar nilai pip dalam EUR kepada USD,
= EUR x Kadar tukaran
= 0.00008196 x 1.2200
= USD 0.00009999
≈ USD 0.0001 (dibundarkan)
2. GBP/USD pada 1.7975
Nilai pip = 0.0001 bahagi dengan kadar tukaran
= 0.0001 / 1.7975
= GBP 0.0000556
Untuk tukar nilai pip dalam GBP kepada USD,
= GBP x Kadar tukaran
= 0.0000556 x 1.7975
= USD 0.0000998
≈ USD 0.0001 (dibundarkan)
Contoh diatas ialah asas kepada pengiraan pip dalam forex. Walaubagaimanapun, hampir kesemua broker forex telah mengira nilai pip secara automatik. Jadi anda tidak perlu untuk mengiranya sendiri. Tetapi adalah baik jika anda tahu bagaimana cara mengiranya.
Subtopik:
- Pips dan Pipettes