/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Pertimbangan untuk Jual/Beli

Dalam contoh-contoh berikut, kita akan gunakan pengetahuan asas dalam analisa fundamental (analisa fundamental akan diterangkan lebih terperinci padabab-bab seterusnya) untuk menentukan posisi jual/beli.

EUR/USD


Dalam contoh ini, euro ialah base currency. Oleh itu ia ialah asas kepada jual/beli.

Jika anda percaya ekonomi U.S akan terus lemah, yang mana tidak baik kepada USD, anda akan BELI EUR/USD. Dengan cara ini, anda telah beli euro dengan jangkaan matawang euro akan naik berbanding USD.

Jika anda percaya ekonomi U.S mengukuh dan euro akan jatuh terhadap USD, anda akan JUAL EUR/USD. Dengan cara ini, anda telah jual euro dengan jangkaan nilai euro akan jatuh terhadap USD.

USD/JPY

Dalam contoh ini, USD ialah base currency. Oleh itu ia ialah asas kepada jual/beli.

Jika anda fikir kerajaan Jepun akan melemahkan yen untuk menggalakkan industri exportnya, maka anda akan BELI USD/JPY. Jadi, anda telah membeli USD dengan jangkaan USD akan menaik berbanding dengan yen.

Jika anda percaya pelabur-pelabur Jepun mengeluarkan wang mereka dari pasaran-pasaran di U.S dan menukar semula semua USD mereka kepada yang mana akan melemahkan USD, maka anda akan JUAL USD/JPY. Jadi, anda telah menjual USD dengan jangkaan nilai USD akan susut berbanding yen.

Dagangan Berbatas (Margin Trading)

Dalam forex, matawang didagangkan secara "lot" dan tidak secara seunit-seunit. Jika anda ingin jual/beli matawang, anda perlu lakukannya dalam unit lot. Lot dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu lot akaun standard, lot akaun mini, dan lot akaun mikro. Berikut ialah jumlah unit matawang untuk setiap jenis lot:

akaun standard
1 lot = 100,000 unit matawang

akaun mini
1 lot = 10,000 unit matawang

akaun mikro
1 lot = 1,000 unit matawang

"Bagaimana jika anda tidak ada cukup duit untuk beli 10,000 euro! Adakah anda masih boleh trade?"

Ya. Anda boleh dengan margin trading!

"Margin trading" ialah istilah yang digunakan untuk dagangan yang menggunakan modal yang dipinjam. Ini membolehkan anda trade $1,250 atau $50,000 dengan modal serendah $25 atau $1,000. Anda boleh melakukan transaksi yang besar, cepat dan murah, dengan modal permulaan yang kecil.

Mari kami terangkan kepada anda.

Perhatian! sila baca betul-betul perkara berikut kerana ia sangat penting!

1. Anda percaya signal dalam pasaran menunjukkan yang nilai pound British akan naik berbanding USD

2. Anda buka satu akaun lot standard (100,000 unit GBP/USD), beli GBP/USD dengan 2% margin dan tunggu kadar tukaran meningkat. Apabila anda beli satu lot (100,000 unit) GBP/USD pada harga 1.50000, anda membeli 100,000 pounds yang berharga US$150,000 (100,000 unit of GBP x 1.50000).

Jika margin yang diperlukan ialah 2%, maka US$3,000 diperlukan sebagai deposit untuk buka trade US$150,000 (US$150,000 x 2%). Jadi apabila anda buka sahaja posisi anda (dalam kes ini beli GBP/USD), US$3,000 akan ditolak dari akaun anda dan dikira sebagai margin atau deposit. Anda sekarang mengawal 100,000 pound dengan hanya US$3,000.

3. Ramalan anda jadi kenyataan, nilai GBP/USD meningkat. Anda kemudian jual GBP/USD yang anda beli tadi (tutup posisi atau "close position) dengan harga 1.50500. Anda dapat untung kira-kira $500.

Apabila anda tutup posisi anda, deposit anda tadi akan dipulangkan. Untung atau rugi anda kemudian akan dimasukkan ke dalam akaun anda.

Kadar Faedah Rollover (Rollover Interest Rates)

Jika anda ada posisi yang masih dibuka ketika "cut-off time" atau masa pasaran tutup di sesi paling akhir iaitu sesi New York (biasanya pukul 6 pagi waktu Malaysia atau 5pm EST), anda akan dikenakan kadar faedah rollover harian yang mana samada anda dibayar atau anda kena bayar kepada broker.

Jika anda tidak mahu terima atau bayar kadar faedah untuk posisi trade anda, anda perlu pastikan semua posisi trade anda ditutup sebelum 5pm EST (dalam pukul 6 pagi waktu Malaysia).

Oleh kerana setiap dagangan matawang membabitkan pinjaman satu matawang lain untuk membeli matawang yang lain, kadar faedah rollover menjadi sebahagian daripada forex. Kadar faedah dibayar pada matawang yang dipinjam dan kadar faedah diperolehi daripada matawang yang dibeli.

Jika anda beli matawang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi berbanding matawang yang anda pinjam, maka beza kadar faedah menjadi positif (contohnya USD/JPY) yang mana faedah akan dibayar kepada anda.

Sebaliknya, jika kadar faedah ialah negatif, jadi anda perlu membayar faedah.

Kadar rollover berbeza bergantung kepada broker. Kebanyakkan broker menetapkan kadar rollover berdasarkan beberapa faktor seperti "leverage" akaun, kadar pinjaman antara bank. Anda boleh periksa dengan broker anda kadar rollover yang dikenakan.

Berikut ialah carta perbezaan kadar faedah untuk matawang-matawang utama. Tepat sehingga 10/4/2010.



Subtopik:

  • Pertimbangan untuk Jual/Beli 

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah