/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Lots, Leverage, dan Untung dan Rugi

Forex di dagangkan dalam jumlah spesifik yang dipanggil lots. Saiz standard untuk 1 lot ialah 100,000 unit. Terdapat juga lot mini, micro dan nano.
Seperti yang anda telah ketahui, dalam forex perubahan nilai matawang diukur dengan pip, iaitu nilai perubahan terkecil pada matawang. Untuk mendapat untung daripada perubahan kecil pada nilai matawang ini, anda perlu trade dalam jumlah yang banyak (iaitu beli/jual matawang dalam jumlah yang banyak) barulah anda dapat lihat untung rugi anda dengan jelas.

Sekarang kita akan lihat bagaimana saiz trade memberi kesan kepada nilai pip. Contohnya jika kita trade forex dengan 1 lot standard iaitu 100,000 unit matawang.

1. USD/JPY pada kadar tukaran 119.80 (0.01/119.80) x 100,000 = $8.34 per pip

Maksudnya, jika anda trade USD/JPY pada kadar tukaran 119.80, nilai 1 pip untuk akaun standard ialah $8.34.

2. USD/CHF pada kadar tukaran 1.4555 (0.0001/1.4555) x 100,000 = $6.87 per pip

Maksudnya, jika anda trade USD/CHF pada kadar tukaran 1.4555, nilai 1 pip untuk akaun standard ialah $6.87


Untuk kes yang mana USD tidak disebut dahulu dalam sebut harga forex, cara pengiraan berbeza sedikit.

1. EUR/USD pada kadar tukaran 1.1930 (0.0001/1.1930) x 100,000 = 8.38 x 1.1930 = $9.99734 dibundarkan menjadi $10 per pip

Maksudnya, jika anda trade EUR/USD pada kadar tukaran 1.1930, nilai 1 pip untuk akaun standard ialah $10.

2. GBP/USD pada kadar tukaran 1.8040 (0.0001/1.8040) x 100,000 = 5.54 x 1.8040 = 9.99416 dibundarkan menjadi $10 per pip

Maksudnya, jika anda trade GBP/USD pada kadar tukaran 1.8040, nilai 1 pip untuk akaun standard ialah $10.

Broker forex anda mungkin menggunakan cara berbeza untuk mengira nilai pip bergantung kepada saiz lot. Walaubagaimanapun, broker forex akan memberitahu anda nilai pip sesuatu matawang ketika anda ingin trade. Apabila pasaran forex bergerak, nilai pip bergantung kepada matawang apa yang anda trade.


Apakah itu Leverage?

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana cara pelabur kecil-kecilan seperti anda boleh trade dengan jumlah yang banyak. Anggap broker anda seperti bank yang memberi anda $100,000 untuk membeli matawang. Apa yang bank itu minta pada anda hanyalah $1,000 sebagai deposit, yang mana akan dipegang oleh bank itu (broker forex). Inilah yang dinamakan sistem leverage. Seperti contoh tadi, anda ada $1,000 tetapi anda boleh trade sebanyak $100,000 (leverage 100:1).

Jumlah leverage yang akan anda guna bergantung kepada broker dan bergantung dengan nilai yang selesa dengan anda.

Kebiasaanya broker forex memerlukan deposit untuk trade, juga dikenali sebagai "margin akaun" atau "margin permulaan". Selepas anda mendepositkan duit anda, anda sudah boleh trade. Broker juga akan menyatakan berapa nilai yang mereka perlukan untuk setiap posisi (lot) yang anda trade.

Sebagai contoh, jika leverage yang dibenarkan ialah 100:1 (atau 1% dari nilai posisi yang anda trade), dan anda ingin trade satu posisi bernilai $100,000, tetapi anda hanya ada $5,000 dalam akaun forex anda. Tiada masalah kerana broker forex anda hanya akan mengambil $1,000 sebagai deposit atau margin untuk anda trade $100,000. Sebarang kerugian atau keuntungan akan ditolak atau ditambah pada baki tunai dalam akaun anda.

Margin minimum untuk setiap lot berbeza bergantung kepada broker forex anda. Dalam contoh di atas, broker memerlukan margin 1%. Ini bermaksud untuk setiap $100,000 yang didagangkan (trade), broker perlukan $1,000 sebagai deposit atau margin untuk posisi tersebut.


Bagaimana mengira untung dan rugi?

Jadi, sekarang anda telah tahu bagaimana untuk mengira nilai pip dan leverage, mari lihat pula cara untuk mengira untung dan rugi.

Contohnya jika anda beli USD/CHF.

1. Sebut harga USD/CHF ketika itu ialah 1.4525/1.4530. Oleh kerana anda beli USD, kita akan gunakan nilai "ask" iaitu 1.4530 untuk membeli.

2. Anda beli 1 lot standard (100,000 unit) pada 1.4530.

3. Beberapa jam kemudian, harga bergerak kepada 1.4550 dan anda menutup posisi anda tadi.

4. Sebut harga baru untuk USD/CHF ialah 1.4550/1.4555. Oleh kerana anda tutup posisi beli, anda dikira sebagai menjual USD/CHF. Jadi anda jual USD/CHF pada harga "bid" iaitu 1.4550.

5. Beza antara 1.4530 dan 1.4550 ialah 0.0020 atau 20 pip.

6. Menggunakan cara pengiraan sebelum ini, (0.0001/1.4550) x 100,000 = $6.87 per pip x 20 pip = $137.40. Jadi untung anda ialah $137.40.

Harus diingat, apabila anda buka atau tutup trade anda, anda akan dikenakan spread dalam harga bid/offer. Jika anda beli anda harus guna harga "ask" dan jika anda jual anda guna harga "bid".

Subtopik:

  • Lots, Leverage, dan Untung dan Rugi  

Sila pilih salah satu topik Forex di bawah