/*------------------START GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/ /*------------------END GOOGLE ANALYICS SCRIPT ---------------------------*/

Fibonacci Extensions


Kegunaan Fibonacci dalam forex yang seterusnya ialah menggunakanya untuk mencari sasaran untuk pengambilan untung. Iaitu Fibonacci Extension.

Uptrend (Trend Menaik)

Ketika uptrend, kita akan buat untung melalui posisi beli. Kali ini kita akan gunakan Fibonacci extension untuk mencari sasaran untuk ambil keuntungan (close position) bagi posisi beli yang telah dibuka. Hanya tiga mouse click diperlukan untuk letakkan aras-aras Fibonacci extension pada carta forex anda.

Aras-aras Fibonacci extension kemudiannya akan terpapar pada carta forex anda dan menunjukkan nisbah (ratio) dan harga pasaran bagi setiap nisbah/aras.

Mari gunakan carta berikut sebagai contoh. 




Aras 50.0% Fibonacci retracement (FR) kelihatan aras sokongan yang kuat, tiga kali pasaran cuba menembusinya tapi masih gagal. Pada carta forex tersebut, anda juga dapat lihat harga telah naik melepasi puncak yang sebelumnya.

Mari gunakan Fibonacci extension untuk mencari sasaran yang bagus bagi pengambilan untung.

Bagi uptrend:
1) Klik pada ayun rendah (lembah),
2) Tarikkannya dan klik pada ayun tinggi (puncak) terbaru
3) Kemudian, tarik semula dan klik pada mana-mana aras retracement (aras yang berpatah balik) iaitu dalam kes uptrend, aras ayun rendah selepas aras puncak pada langkah 2) 



Seperti yang anda dapat lihat pada carta forex, aras Fibonacci expansion 61.8%, 100% dan 161.8% merupakan aras yang bagus bagi pengambilan untung.


Downtrend (Trend Menurun)

Ketika downtrend, kita akan buat untung melalui posisi jual. Kali ini kita akan gunakan Fibonacci extension untuk mencari sasaran untuk ambil keuntungan (close position) bagi posisi jual yang telah dibuka.



Bagi downtrend:
1) Klik pada puncak
2) Tarikkannya dan klik pada lembah terbaru
3) Kemudian, tarik semula dan klik pada mana-mana aras retracement (aras yang berpatah balik) iaitu dalam kes downtrend, aras puncak selepas aras puncak pada langkah 2)




  
Seperti yang anda dapat lihat pada carta forex, aras Fibonacci expansion 38.2%, 50.0% atau 61.8% merupakan aras yang bagus bagi pengambilan untung. Aras-aras tersebut bertindak sebagai aras sokongan, berkemungkinan kerana trader-trader yang lain juga menggunakan aras yang sama untuk mengambil keuntungan.

Contoh-contoh tadi menunjukkan pasaran forex akan mencari aras sokongan dan rintangan sementara  dan aras-aras tersebut boleh diramal dengan menggunakan Fibonacci extension. Walaupun tidak selalunya terjadi tapi cukup untuk meramalkan aras yang baik bagi pengambilan untung dan mengurangkan risiko kerugian.

Walaubagaimanapun, perlu diingat, seperti alat-alat yang lain dalam forex, Fibonacci extension juga bukanlah sempurna. FE juga terdapat kekurangan.

Antaranya, tiada cara yang boleh digunakan untuk menggarkan aras-aras FE yang mana yang akan menjadi aras sokongan atau rintangan secara tepat. Mana-mana aras pada FE berkemungkinan menjadi aras sokongan dan rintangan ataupun tidak langsung.

Kekurangan lain ialah untuk mengenalpasti aras mana pada pasaran forex (carta) iaitu puncak atau lembah yang mana yang perlu digunakan untuk melukis FE. Walaubagaimanapun dengan latihan dan pemerhatian yang banyak, akan mememahirkan anda untuk mengenalpasti aras-aras yang sesuai untuk melukis FE.



Sila pilih salah satu topik Forex di bawah